Sunday, May 23, 2010

Al Kisah Sepasang Kekasih


Laki :Napa u wut i macam ni?

Girl :Sebab u ni bosan laaa

Laki :Apa yang bosan sangat pasal i ni?

Girl :Yela,i minat lagu Alesana tapi u minat lagu wondergirl so childish

Laki :Nk wut macam mana awek wondergirl lawa2 (sengih kambing)

Girl :So i tak lawa laa

Laki :Lawa-lawa..awek i semua lawa2

Girl :Semua?ohh u main kayu tiga ekk?

Laki :ehh mana ada..u sorg jer awek i

Girl :Tipu yang u kata semua tu apa?

Laki :Semua yang ada kt u semua nya lawa..

Girl :Betul ni?

Laki :Iya sayang intan payung periuk belanga kuali

Girl :Ni yang i sayang u tau..periuk belangga pon u kasi kt i ek

Laki :Kegunaan masa depan time kita berumah tangga

Girl :Sayang jom p karok.i nk nyanyi lagu untuk u..lagu I LAP U

Laki :Lagu apa tu?

Girl :Alaaa lagu ni
I LAP U
U LAP ME
WE AR API PAK MALI
bla..bla..blaa

Laki :Trimas sayang..I LAP U Too

Girl: LAP U THREE

Laki: LAP U FOUR

Girl: LAP U FIVE

Laki: LAP U SIX

----------------------------------------------------------------------
Oii dah laa penat aku nak taip laa..aku sekeh jgk laki bini..kahwin tak lagi nak lap sana lap sini.. ni lap moto aku lagi bagus..haish...tapi jeles gak aku..tengok depa syok jaa berdua..aku hehe..nti laa :D:D

p/s: Tidak berapa sihat terutama otak kiri aku..hahaha..so semoga entry ni leh laa wut korang gelak sorang2 nyer hahaha XD

note: Jom pulang ke taiping..dan iklan dari mamak "MAMAK IS GOOD"

THE END

Wednesday, May 19, 2010

Destinasi Kita Semua

Destinasi aku,engkau dan kamu adalah sama,
Kemana lagi kalau tak bukan ke alam akhirat yang kekal.

Beza aku,engkau dan kamu adalah jalan hidup kita,
Aku dengan cara aku,
Engkau dengan cara engkau,
Kamu dengan cara kamu.

Jadi aku tidak perlu berlagak walaupun aku ni berpangkat,
Engkau tidak perlu megah walaupun engkau orang paling kaya,
Kamu tidak perlu merendah diri walaupun kamu tidak memiliki harta dan pangkat,
Kami sedia menolong kamu agar kamu tidak susah untuk menjalani kehidupan didunia sementara.

Di Padang Mahsyar kelak,
Aku berdoa kepada Allah Maha Esa agar,
Aku,engkau dan kamu berjaya memasuki syurgaNya,
Amin.

note : Sama-sama lah kita berdoa agar dapat masuk ke syurgaNya.Amin

Sunday, May 16, 2010

Saya Suka Kain Pelikat

Susah sekarang nak lihat remaja , pakcik memakai kain pelikat skrang.Kalau ada pon kain pelikat dah jadi macam pakaian khursus pulak.Pakai ketika hendak solat.Apa kurangnya kain pelekat jenama gajah duduk dengan levis 501 jean dari siam hahaha.Itu lahh..korang tak tau kelebihan pakai kain pelikat ni..banyak kelebihan pakai kain pelekat ni :-
  1. sejuk dan beraircornd kira ada air flow(tak lemas)
  2. colour yang pelbagai senang untuk kita matching kan dengan baju
  3. boleh di bawa kemana sahaja(untuk solat,jalan dan berdating)
  4. kalau tak tahan nak terkuncil sesangat,kalau kain pelikat senang angkat jer kain tu hahaha
  5. terserlah kemelayuan
  6. nampak lebih sopan santun
  7. tak boleh gopoh nanti terkoyak kain
  8. Baru lain dari yang lain sebab mungkin anda seorang jaa yang pakai kain pelikat haha
  9. kalo jalan kat lecah angkat jaa kain tak laa kotor kain tu
  10. menutup susuk peha dan betis yang berbulu afro hahahaha
Itu dia sepuluh kelebihan jikalau anda memakai kain pelekat.Aku ingat nak pakai laa sekali keluar ramai hahaha..sapa sudi keluar ng aku jika aku pakai kain pelekat?Lagi pon kain pelikat bukan mahal pun tak macam seluar jean topman hahaha.Itu sahaja yang ingin aku kogsikan kepada anda semua hoho bye.SAlam

Saturday, May 15, 2010

Nasi Lemak dan Kebun Kecil

Aku bangun pagi bersama cangkul untuk ke kebun kecilku
Mencangkul tanah untuk mencari sesuap nasi lemak
Sepanjang hidup aku bergantung pada kebun kecil ini
Ini sahaja yang aku mampu lakukan diusiaku yang sudah senja

Hari ini aku menagis teresak-esak
Kebun kecilku hilang
Tiada lagi sesuap nasi lemak
Apakah salahku sehingga mereka sanggup melakukan kepada orang tua seperti ku?

Kini,tanah kebun kecilku
Telah berdiri sebuah pencakar langit yang gah
Ramai orang berpusu-pusu keluar masuk bangunan itu
Orang ramai memuja-memuji pencakar langit itu yang dahulunya hanyalah kebun kecil

Aku tidak memiliki apa-apa dari bangunan itu
Aku tidak punyai pangkat untuk menjejaki dibangunan itu
Aku tidak punyai hak didalam bangunan itu
Aku tidak lagi dapat menikmati nasi lemak seperti biasa

Apalah nasib ku ini
Merempat ditanah sendiri
Malangnya hidupku ini
Tertindas didalam negara sendiri

Tiada apa yang mampu aku lakukan didunia ini
Hanya menanti malaikat menjemputku untuk bertemu Yang Maha Esa.


Berfikir sambil berimaginasi
4.00am
15.5.2010

Thursday, May 13, 2010

Andai ku memiliki 2Juta



HOHO apa2 pon lakov nk ucapkan Jutaan terima kasih kepada Mr.Belalang kerana memberi saya peluan gberangan jika memeiliki 2 JUTA!!! satu amount yang sangat-sangat banyak.Mana Mr.belalang dapat duit ni?Sila rujuk blog beliau.HEHE di talian http://suarabawahtanah.blogspot.com.Tagged bermula

Berterima kasih kepada pernderma:
Terima kasih kepada Dato Belalang kerana memeberi saya 2juta untuk di berangaan jika saya memilikinya hehehe...Saya akan gunakan keseluruh wang ini untuk kebaikkan bersama.haha

Menderma semula 2juta kepada kawan-kawan lain:
HAHAHAHAHA JANGAN HARAP LAA AKU NAK KASI KORANG 2JUTA..AKU NAK MAKAN SORANG2 JAA HAHAHAHa...ingat senang2 jaa aku nk bagi jangan harap laa HAHHA(jangan tiru aksi ini,tamak haloba makan diri nti)

Apa yang Lakov akan gunakan jika memiliki wang sebanyak itu: Sebenarnya saya rasa sayang nak guna duit ni..yela bukan senang nak dapat 2juta free-free mcm ni kalau betul laa lakov nk
  • Beli sebijik kancil 650cc
  • nak tanggung semua perubatan adik
  • nak bayar hutang rumah yang ayah lakov dok tanggung skrang
Lepas bayar tu semua ada lagi baki banyak lagi lakov nk
  • hajat pertama ialah nak kahwin
  • hajat kedua kahwin dengan bini no2
  • hajat ketiga pasang sorang lagi bini no 3
  • hajat keempat tak sempat nak pasang 4 bini-biniku tuntut hak masing2..duit abih dekat situ jaaa(ini laa akibat tak kasi kt orang lain td hahahah)
Macam mana aku nak dapt duit sebanyak ini:
Lakov nak jadi PM.Conform boleh dapat 2 juta atau lebih hahahah XD

Tag sudah tamat itu lah kekarutan lakov kalau dapat 2juta hahaha jgn percaya ini hanya semua mengarut.lakov pencinta setia seorang gadis.hahah(promote diri)dan tips nk dapat 2 juta tu jalan tu paling singkat,mudah dan cepat hehehe~selesai~Thanx to Mr belalang again

Wednesday, May 12, 2010

Unknow title

Who am i in this world?
Why i was born like this?
What should i do in this world?

Life is difficult
or we make life difficult?
who got name and fame always be on the top
but i am poor little always be sweep like a rubbish

a little girl came to me and say..
you need rise your own life
then people will rise you back

but i say what should i do?
she say do what ever your like
as long it can realize to people about you
rise you self bro

then i think
i think and
think again then
i start type now
this is the result.


P/S : korang paham?tak paham wut paham laa nyer hahahah XD..apa pon ingat ALLAH! dia sentiasa ada dengan kita..

Monday, May 10, 2010

Kententeraan Syaitan ahahah

KOMANDER SYAITAN DAH DATANG!!

SEMUA BERDIRI TABIK HORMAT SPRING 3x!!!

HAit!

Hari ini aku sebagai komander di area batu 2 skala rithcer ingin mengagih-agihkan kerja hasut menghasut kepada korang semua.Harap korang redha dengan sepenuh hati nyer.
Baiklah ini List nya dan magsa yagn korang perlu cari :-

Syaitan Freshie Baru abis SPN(Sijil Persyaitnan Neraka) :- Sebab korang tak ada penglaman korang cari budak2 sekolah rendah jela..Hasut diorang suruh mencuri kaa..menipu mak bapak kaa yang senang2.Cukup 100 hasut korang naik pangkat nyer.

Syaitan Pribet :- Korang aim remaja muda-mudi.Pasti scan iman dulu sebelum TERJAH! takut salah remaja korang aim terbakar kang.Hospital sini dah laa mahal korang pon tahukan..so hati-hati nyer.Cukup 100 orang korang hasut korang naik pangkat.

Syaitan Sarjan :- Korang pulak aku syorkan student2 yang mengaji Islam.Korang dah ada pengalaman so aku percaya korang leh hasut budak-budak acap alim tu.Part-time korang kalo jumpa pak cik kaki judi,mabuk,gila sex korang sapu jugak tau.Cukup 3bulan gaji up!

Syaitan Mejar :- Korang ni syaitan-syaitan elit.Tugas korang berat sikit dan berisiko sebab lawan korang adalah orang yang berilmu.Macam Ustaz,Ustazah,Tok Imam,Tok Bilal dan sewaktu dengannya.Aku tau susah tapi korang jangan riso korang dapat hasut 3 orang..aku kasi comision.

Syaitan Komander :- Aku lah komandernya hahaha..kerja aku berat lagi.Aku kena berurusan dengan orang-orang kafir untuk memonopolikan orang Islam.Setakat ni aku main area Malaysia.Kalau ada rezeki mungkin aku akan ker China atau Jepun.hahaha..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi tinggi ilmu lagi kuat hasutan.Hanya orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sahaja yang hasutan mereka syaitan tak lut.Korang pikir laa mana satu taraf korang(aku pon pikir sama)hehe

what i like to say


What I like to say
I am fool
why I say like that
because I don't know bout tomorrow

What I like to say
I am crazy
why I say like that
because I crazy love the world

What I like to say
I am blinded
why I say like that
because I don't know which good and evil

Someone please wake me up
wake up , wake up
how long I wanna life like this
a life full with this stupid sin

build my heart
build my mind
make myself better than before
as long my life still go on
---------------------------------
  • brain break into pieces
  • 12.5.2010
  • 8.83am

Thursday, May 6, 2010

Debat Orang Gila VS Orang Waras

Saya Lakov pengerusi dalam rancagan debat oh debat.Panel hari ni sebelah saya orang yang sangat dikenali "Orang Kaya Waras" dan di hujung nun di sana "Orang Gila".Tanpa buang masa mari berdebat!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gila : Aku cukup benci bila kata aku ni gila..aku tak gila laa..

Waras : Kau tu memang gila..dah laa busuk,kotor..huhu geli aku tengok kau

Gila : alaa mak aii..poyo tol mamat ni..oii..kita semua dijadikan dari air mani tau..air mani tu kotor..belajar tinggi tu pon tak tau..bodoh punya Waras.Kejadian diri sendiri pun lupa.

Waras : Mulut kau..jangan sampai kasut buatan gombak ni lekat kt muka kau.Kau tu tak layak nak cakap camtu dengan aku..aku ni pernah dapat anugerah dari sultan,dari perdono montori, apa yang aku tak dapat..semua aku..

Gila memintas

Gila : Semua tu tidak akan mengubah hakikat kejadian aku dengan kau masih sama dari air mani yang kotor.

Waras terdiam,geram dan benci.

Waras : Kau sepaptutnya mati awal.Dah la pengotor.Makan sampah merempat.Useless..Kau tak ada berfungsi pon untuk dunia.

Gila : hahahaha..kau nk tahu tak..even aku makan sampah pun aku tak pernah sakit perut tau.Pernah keluar dalam paper tak "Orang Gila Mati Keracunan Makanan Akibat Makan Sampah".Seumur hidup aku belum aku jumpa lagi(orang gila up to date hehe).Tapi kalau "Orang Kaya Waras Mati Akibat Kencing Manis" adalah..Kata Pandai..tak kan tak tahu kot kalau makan manis lebih leh dapat kencing manis..memang pun..buat apa aku nak berfungsi di dunia yang sementara..baik aku berfungsi di akhirat yang kekal

Muka Waras semakin merah menahan geram.

Waras : ahh..kau tu tau mintak kat orang ja..tak pernah nak majukan diri.tengok macam aku kaya,berduit,bini empat campur empat(scandal),kereta mewah.Duit aku berjuta-juta sen dalam bank.Sapa yang tak kenal aku Orang Kaya Waras

Gila : adeh..oi waras ayat kau macam tengah geletek usus kecil aku tau.Aku ni gila pasti laa tak leh kerja.Pergi laa apply apa-apa pon.Tukang kutip sampah pon orang tak kan amik aku.Sebab aku gila.Lain orang suruh lain aku buat.Jadi kau yang kaya senang ni tolong laa orang macam aku.Kalo aku datang mintak duit bagi jela 1kupang , 2 kupang kalo kedekut sangat laa..aku amik jaa

Waras : ala pahtu datang mintak lagi kat aku..

Gila : Aik..tipu orang yang sama waras dengan kau pandai..orang gila yang paling senang diperbodohkan didunia ni tak pandai pulak.hahah..aku rasa macam jumpa badut.Kawan aku kat hospital bahagia tu lagi pandai dari kau tahu tak..!!! hahahaahha XD

Waras bingkas bangun lalu menikam Gila dengan pisau asah pensil.Gila hanya gelak semahu-mahunya seperti orang gila(dia kan memang gila hehehe) lalu terbaring.Orang sekeliling dari krew production rancangan debat bingkas menerkam Waras dan tarik.Tetiba Gila bersuara.

Gila : hahahaha..Kau lupa ker waras.Kau tu waras kalau kau bunuh orang,kau akan masuk penjara dan hukum mati.Sebab kau WARAS.kalau aku bunuh orang..orang tak leh dakwa aku..sebab aku gila..paling2 pon tangkap kena tahan dalam hospital bahagia ja.

Waras : alah..tu laa kau bodoh agama..bunuh tu kan berdosa besar..di dunia kau lepas di akhirat kau terima jugak..

Gila : hahahaha..siapa yang bodoh agama sebenarnya?kau dah lupa..orang gila ada kelebihan..walaupun aku tak solat,tak puasa even aku membunuh pon aku boleh masuk syurga sebab aku gila..aku hanya ada otak tapi tidak berakal..aku di dunia ni aku ni sama taraf dengan jaa dengan binatang jaa..kau tu..sempurna akal fikiran..pernah kau solat?pernah kau berpuasa?aku rasa tak..kalau kau solat,semua perintah Allah kau buat..kau tak kan bertindak untuk membunuh aku.

Waras : Aku bunuh kau Gila..Pergi mampos laa GILA!!

Gila senyap..nadi nya telah terhenti.Dia sudah tiada lagi.

Waras : Baru puas hati aku..mati pun kau orang Gila!Hahahahahaha

Waras gelak tanpa henti.Dia sering bercakap "yeyeh Gila dah mati" sambil ketawa..siapa yang gila sebenarnya?korang pikir laa sendir..aku dah tak larat pikir haha da gila kot XD..adeh maaf panjang pulak harap ada yang sudi membaca nyer..


aku pun tengah gila
9.05am
6.5.2010

Wednesday, May 5, 2010

Tip Kahwin Cepat dalam Skript Datin-Datin

Datin Z : wah Datin F..dalam masa setahun sahaja abis semua anak-anak awak kahwin nyer.

Datin K : saya ikut petua orang-orang dulu jer Datin Z.

Datin Z : Entah laa anak tunggal saya sorang tu..sampai sekarang tak ada sapa-sapa pon nk kt dia.

Datin K: sabar Datin Z , kalau ada jodoh tak kemana..dah sampai seru kahwin laa dia..

Datin Z : itu saya tahu..tapi bila ? takkan bila saya dah tak ada baru dia nak kahwin..saya teringin jugak nak ada menantu dan cucu

Datin K : sabar..Insyallah sempat tu.

Datin Z : ohh yaa..td awak kata awak guna petua orang-orang tua..nak kahwinkan semua anak-anak awak..apa petuanya?

Datin K : Janji tau jangan gitau orang terutama suami kita..

Datik Z : Mengapa pulak..?

Datin K : Kalau laki kita tahu alamatnya bermadu laa kita.

Datin Z : Yeker..ish seram sejuk saya dengar..

Datin K : Ini petuanya..bela ular tedung.Orang2 tua kata kalau ular tedung masuk rumah ada orang nak masuk minang nanti.Dan terbukti masa saya bela ular tedung tu..hari-hari orang datang nak minang anak saya..baik laki dan perempaun.Sian laki saya kena jawap dengan keluarga pihak laki atau perempaun yang hantar rombongan nak meminang anak-anak saya.Yela keputusan kat tangan anak saya.

Datin Z : Aik..laki pon sekali..perempuan datang minang laki(pelik pelik)patut awak tak nk kasi suami kita tahu..tak pasal-pasal kerusi jati buatan Macau ni jadi senjata untuk membunuh..hehe

Datin K : tahu tak per..itu baru satu jer..ni yg kedua..saya paksa anak-anak saya tengok citer ular..dari filem,katon sampai decovery pasal ular jaa..

Datin Z : ish..bia betul awak ni..nanti gila ular pulak anak-anak awak tu..

Datin K : ish..bukan macam tu laa....saya nk diorang mimpikan ular..kan tafsir mimpi ada tulis kalau mimpi dibelit ular tu tandanya nak kawin..tu saya suruh , paksa diorg tengok..bila bangun pagi jaa saya terus tanya..ada mimpi dengar ular tak..kalau ada..bagaitau..saya siap2 jela tunggu orang nak hantar minag anak-anak saya.

Datin Z : wahh pandai jugak awak ni nyer kagum saya..no wonder anak-anak awak semua dah kawin di usia yang muda..

Datin K : hehe..well see my gelang laa paras mana..

Datin Z : (senyum sinis)

Datin K : ohh ini yg terakhir Datin Z.Bila suruh anak2 awak masak lauk..masak biar masin jaaa..jangan sedap2..tu pon tanda2 nk kawin juga tu..tapi jangan awak pula yang masak masin-masin..bermadu pulak laki awak nanti hehe

Datin Z : ish..ini Datin Z laa..sapa tak kenal masakan Datin Z..sekali rasa conform makan lepas tu.

Datin K : hehe..tak mengapa laa Datin Z. saya undur diri nyer..nak tengok ular ada lagi ker tak..kat dalam sangkar..takut dia merayap pulak dalam umah..

Datin Z : Baik lah..Bye2..muah..muah..muah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Idea dah abis..kering dan kontang so semoga anda enjoy membaca..pesanan dari penaja cerita ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati..

mengarut mengarut mengarut
12.45
5.5.2010

Tuesday, May 4, 2010

Perbualan Aku dan Bumi..

Hari ini aku bertemu dengan kawan baik aku..sejak aku lahir lagi..iaitu BUMI
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku : Bumi kau begitu indah bagi aku..

Bumi : Yeker , terima kasih banyak-banyak..atas pujian itu..

Aku : Mesti laaa..tanpa kau bumi aku tak berada disini tau..

Bumi : Iya , aku paham..tapi aku ni dah tua...bila-bila masa jaa boleh K.O

Aku : Jangan laa macam tu bumi..aku tengok kau sihat jer..nk kata demam pon tak , resdung pon tak ada.

Bumi : Iya sekarang mungkin aku masih sihat..tapi sihat aku ni bukan abadi.Sampai masanya aku akan pergi juga.

Aku : JANGAN lah..Kalau kau pergi..aku nak tinggal dengan siapa..lagi pon cita-cita aku untuk jadi seorang artis terkenal cam M.J , Besi Maiden , The Rain , Muka Selamber , jumpa pakcik hussin tak tercapai lagi.Aku nak gak merasa anugerah AIM (tersengeh-sengeh macam kera)

Bumi : Aku nak tanya kau..apa kau dapat bila kau dah popular macam tu?Satu lagi kau ingat umur kau tu panjang sangat ker?silap hari bulan kau K.O dulu dari aku.

Aku : (tersenyap)

Bumi : Sebenarnya..aku ni tak ada apa-apa pun yang menarik..Aku pun tak paham apa yang korang-korang suka sangat dengan aku ni..Kau tak perlu kejar lebih-lebih untuk aku , cukup untuk kau hidup dengan aku sudah laa..kalau ada lebih tu mungkin rezeki kau..manfaatkannya kepada sesuatu yang baik.Apa yang kau perlu kejar adalah kehidupan selepas mati yang akan kekal abadi..Aku tak bermaksud untuk mematahkan semanggat kau.Cuma aku tak nak kau lupa akan Allah yang mencipta kau dan aku.Tak salah kau kejar cita-cita kau tapi pastikan ia membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Aku : (Aku menganguk paham)Betul cakap kau bumi , aku lupa akan Allah pencipta kita..(beristifar)

Bumi : Aku kawan baik kau itu sebab aku ingatkan and for sure aku nak tengok kau berjaya jadi artis : ) ..aku berdoa kepada Allah dan berharap agar Allah mendengar doa aku ini supaya kau dan manusia-manusia lain (telefon berbunyi)

Telefon aku berbunyi..aku angkat (bla..bla..bla)aku letak..sebaik sahaja aku ingin menekan keyboard.aku tercari-cari...hurmm
BUMI dah hilang..mana dia pergi? aku cuba hubungi dia untuk hadir semula dalam conferece imaginasi aku..tapi tidak terjawap hurmm..takat sini sahaja entry aku untuk kali ini..aku akan sambung bila aku dapat berborak dengan BUMI lagi..Assalamulaikum

Otak overdose berimaginasi
6.03pm
4.5.2010

Monday, May 3, 2010

Siaran Ulangan ketika Lakov menerima Anugerah Blog Tercantik ;D

Semalam 2 mei 2010..seorang bloger newbie iaitu "m0ktar0 penceria dunia" telah menerima sebagai blog yang tercantik..Tahniah saya ucapkan..apa-apa pon mari kita imbas semula ucapan beliau ketika menerima ketika menerima anugerah ini semalam.

AA..ohh..(melepas kan nafas panjang) saya..saya tak sangka saya menang pada hari ini..kelu lidah saya dibuatnya..apa-apa pon saya nak ucapkan ribuaan terima kasih kepada rakan-rakan blog saya dan mereka-mereka yang sudi follow saya.Thanx a lot lot lot.Jutaan terima kasih juga kepada Cik puput , Cik sugar2 kapas strawberry dan Cik Susue yang sudi selalu memberi sokongan kepada saya..dan memberi saya anugerah ini..Tak lupa juga sifu saya Cik PiPi Muncet yang banyak mengajar saya tentang blogspot ini.Kepada blogger-blogger diluar sana saya syorkan follow diorang kerana diorang memang best.Entry2 diorang memang syok. Terima Kasih.Luv U All.

(hahahahaha berangan wut ucapan cam artis dapat anugerah..ala-ala cm AIM hari tu hahahaha XD)




1. buat entry ttg award yg cntik ni
2. copy badge 'Beautiful Blogger Award'
3. ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada
entry tersebut
4. senaraikan 15 blogger sebagai penerima award.
Mari kita lihat calon-calonnya adalah :-sdaa
SHANNICE ESTER ADANIFF HANAKO BELLA
itu jer yang aku dapat..hahaha kalo dah dapat tak perlu jawap hehe
Tagged tamat disni..hehe enjoy

Mari Menjawab Tagged hehe

Dalam aku tengah bergembira sedang mengayat awwek nak buat calon bini pada tahun 2015(wahh kawin mudah hahaha :P) aku menerima tag..dari Cik puput ..Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana mengtaggedkan kepada saya..Dengan ini saya telah bersedia menghadap soalan-soalan nya hehehe :D


1.Adakah anda rasa anda hot...?
Well of coz..i came from UK..in UK very salji now.when i came to malaysia is very2 panas..i need mandi 5x per day(hahahahaha XD)

2.upload wallpaper laptop yang anda guna sekarang dan berikan sebab-sebabnya




Ni adalah ekor allion yang aku ciptaan sendiri bernama "blue flame" dan "yellow lightning"
hehehe

3.kali terakhir makan pizza..?
3 januari 2010..time befday adik aku hehe..

4.lagu terakhir yang anda dengar:-
moon on the water by beat cruseder(anime from beck mongolia chop squad)

5.apa anda buat selain meyelesaikan masalah tag ini..
menguap 2,3 kali
garu kepala mencari idea
jadi tukang rasa masakan mak aku(mak aku puasa hari ni hehe)

6.selain nama sendiri anda di panggil dengan nama apa?
mok khonsoi
mok square
moktaro
mokmon
XD

7.tag kepada 4 orang :-
segala keputusan undian adalah muktamad :P

undian pertama jatuh kepada shannice
undian kedua jatuh kepada RinaAzam
undian ketiga jatuh kepada Frodo Baggins
undian terakhir jatuh kepada aieoreo

kepada para pemenang boleh menjawap bila-bila masa anda free ^_^

8.5 pekara yang anda tahu tentang mengetag anda :-

dia seorang wanita
dia sangat peramah
dia suka sharing
dia rakan blog aku
dialah Cik puput

ok tak jawapan aku ni puput?hehehe :D

selesai sudah upacara tagged..hehe
amin.

Drama Swasta Dari Lakov

Di sebuah kedai kereta ternama dan menjual kereta-kereta mahal yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.
Kedai ini dimiliki oleh jutawaan Malaysia yg bernama Dr.Lakov amp.phd.abc.mpv+v-tech.Beliau menamakan kedainya "Bawa Laju-Laju Sdn.Bhd".Kisah bermula bila seorang datuk datang ingin membeli kereta.

Lakov : Ya Datuk GG(gigi gajah) boleh saya bantu?

Datuk : Bantu saya cari kereta best.

Lakov : Ini keretalog nya Datuk. Ni Datuk kereta Toyolta sport baru Toyolta Nakal dengan engin berkuasa keldai dua ekor,tayar dunloop,sportrim racingchild.Berharga RM 200 ratus ribu.

Datuk : Murah-Murah mahal lagi ada tak?

lakov : Ada Datuk..ini dia kereta bukan kereta Alzam.Buatan Malaysia.Berharaga RM 399 ratus ribu.

Datuk : Up sikit..Saya bajet nak beli kereta Rm 600 ratus ribu.

Lakov : Ada Datuk ini dia Lambongjini.Kereta sport laju ni.Meter dia cecah 350 km/d.

Datuk : Hurm..kereta atas tu berapa?

Lakov : Kereta Feragi ni?Murah jer Rm 750 ratus ribu.Enjin berkuasa kudap-kudap.

Datuk : Kereta Kancil 650 cc ada tak?

Lakov : Ada Datuk tapi bukan datuk nak kereta mahal.

Datuk : Mana leh bagi anak saya pakai kereta mahal rosak susah saya juga yang kena tanggung.

Lakov : Saya ingat Datuk yang nk pakai.

Datuk : Saya dah ada Mercidas tu cukup laa..jangan membazir amalan syaitan.

Lakov : Betul-betul saya setuju .

Lakov dan Datuk GG pon memulakan upacara pembelian.Lakov pon..abis idea berhenti disini sahaja..

Tengah cari idea tak dapat
3.5.2010
2.39am
credit to luqman hakim

P/S: cerita ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati :P
harap terhibur laa walaupun secara jujur aku pon tak paham apa yang aku mengarut ni.haha XD sidas sungguh otak aku hari ni.
THE END

Sunday, May 2, 2010

Saka Lembu Hitam Menganas


Ini merupakan kali pertama aku menerima tag.Thanx kepada kak abcmilo kerana telah menurunkan wasiat saka saka lembu hitam..Kalau disembelih buat akikah atau kenduri ni kenyang gak ni hehehe ^_^
Apa-apa pun aku perlu segerakan upacara penerimaan dan penurun saka sebelum lembu hitam ini hilang mood hehe..



Syarat-syarat penerimaan saka:

1. Thank & link the person that gave you the cow

Terima kasih la kak abcmilo menyerahkan pusaka saka ini kepada saya.

2. Bagi balik wasiat saka ni kat 7 bloggers yg paling active

Kepada kalian yang tersenarai, terimalah seadanya

adios(fathi)

Maafkan aku..aku tidak tahu kepada siapa lagi hendak ku turunkan saka ni..


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.

Kepada bakal penerima pusaka saka ini..Saya ingin mengumumkan saka Lembu Hitam ini adalah wasiat dari Orang Kaya Kg Sepening Lalat(OKSPL)sdh.bhd

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv.

  • garu kepala

  • garu tengkok

  • garurumon




5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan:

  • roti sabun

  • roti buku

  • roti lutut


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

satu sembilan lima



7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

- Bagi salam dengan lemah lembut,ayu dan sopan santun :p


Dengan ini berakhir sudah upacara penerimaan dan penurunan saka Lembu Hitam.Maka Saya..saya..saya
********
******
****
***
**
*
lapar..

AKU BENCI KAU!!!

sungguh indah bila kau berada disisi ku..
sungguh terhibur bila kau ada dengan ku..
kalau di izinkan aku ingin kau bersama ku 24/7
kau sebahagian hidup aku..
aku tak mampu hidup jika kau tiada..

tetapi skrang kau bagai berubah sekelip mata..
aku tak paham..
mengapa kau begitu..
apa salahku pada mu
khabarkan kepadaku jika aku telah melukakan hatimu

kau seperti bermain tarik tali dengan..
bila baik aku rasa kau milik aku..
bila kurang baik aku rasa seperti kau hilang dari aku..
dulu kau tidak sebegini..

begitu sakitnya hati aku
kau menghiris hatiku
kau siat hatiku
pedihnya tak terkata..
aku hampir memukulmu
namun aku kuatkan kesabaranku..

ohh...BERUKBAND aku benci kau!!!
tapi aku harus bersabar
kerana tanpa kau aku tidak mungkin dapat online untuk berblogging,berfacebooking,bermyspacing..
Ya Allah kuatkan kesabaranku
Amin.