Monday, June 28, 2010

SAYA KUNCI LIRIK INI!!!

Pengacara : Selamat datang dan menonton di rancagan Ingat-Mengingat lirik..Saya Lakov selaku pengacara program ini akan memeriahkan suasana studio ini dengan gelagat peserta kita pada hari ini.Tanpa membuang masa lagi.Saya menjemput peserta pertama silakan Ultraman Taro!

Taro : Tembak zhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Hahahahah..Saya akan gegar kan studio ini dengan menang 1 juta!! TEMBAK ZHHHHH!!!!(Menjerit sekuat hati)

Pengacara : HAHa..wah sungguh bersemangat nyer Encik Taro.Berasal dari mana?(kenapa laa peserta asyik jerit jaa aku tak pekak laa)

Taro : Saya berasal dari planet ultra..datang untuk menang 1 juta ringgit dunia!!(Jerit lagi)

Pengaraca : Ya..ini lah semangat yang kita perlukan..Sudah sedia?(sabar jela)

Taro : YA SAYA SUDAH SEDIA!!(Menjerit dengan penuh semangat)

Pengacara : Kita mulakan(dengan muka tension dan bersabar)

Kemudian selepas Ultrama tari pilih lagu dan menyanyi bla..bla..blaa sehingga laa tempat kosong.kemudian

Pengacara : Anda pasti ini liriknya..

Taro : (muka dengan penuh serius)Ya saya pasti.

Pengacara : Kata kunci lirik ini Encik Taro.

Taro : (Tarik nafas dalam23x lalu)SAYA KUNCI LIRIK INI!!!!!!!!!!!!!! (sekuat hati dia menjerit sehingga pecah speaker sekeliling)

Pengacara : Oiitt..mangkuk ayun jamban toilet..tak yah laa jerit..aku tak pekak lagi bodoh!!haihs..asyik nk kunci lirik jaa jerit asyik nk kunci lirik jaa jerit..sakit telinga aku..aku tak pekak lagi K..dah laa aku berenti kerja ni sakit telinga aku dok dengar orang jerit KUNCI! KUNCI!

Taro : (dengan terkebil dia melihat pengacar itu belah dari studio..dan bersuara)errr... Encik lakov lirik saya ni betul ker tak?saya lepas tak stage ni?tak sabar nak tahu betul ekr tak?

Pangacara : kau chec k laa sendiri..kalo betul ko jerit kuat-kuat lagi k.

Taro : OK! saya akan jerit kuat lagi dari ni bagi satu dunia dengar..

Studio menjadi sepi lepas pengacara itu pergi..oleh itu siapa yang akan mengendalikan pengacara ini..Bagaimana dengan Ultraman taro..??! Lirik dia tu betul atau tidak?hehehe

Itu lahh tabiat manusia..bila masuk realiti show macam Jangan Lupa Lirik..Who to be Miliioner dan bla..bla..mesti mencerit kan..SAYA KUNCI JAWAPAN!! SAYA KUNCI LIRIK!! pekak ker sang pengacara tu hahahaha XD I have no idea.hahahaha XD bye2

THE END!





Friday, June 25, 2010

Adakah Jahat sentiasa jahat Baik sentiasa baik?

Orang Baik : Betul-betul..Saya memang orang baik..Baik sessagatlah.

Orang Jahat : Yup aku memang jahat.

Lakov : Saya nak tanya pada Orang Baik.Awak memang baik kan..

Orang Baik : Sudah tentu la..

Lakov : Awak pernah tipu orang tak?

Orang Baik : arrrr..pernah

Lakov : Mengapa?

Orang Baik : Saya menipu takut kantoi saya ada buat salah.

Lakov : Jadi awak tak lah baik sangat.hurmm..Bagaimana mana pula dengan orang jahat.Awak pernah menipu?

Orang Jahat : oii...bonggok..Aku hari-hari menipu orang.Tu sebab nama aku Orang Jahat.Bodoh punya pengacara.

Lakov : (adeh silap soalan padan muka aku kena balik malunya aku)Maaf Orang jahat.Saya tersilap soalan sebenarnya.Saya nak tanya awak pernah bercakap benar?

Orang Jahat : arrr..pernah.

Lakov : Mengapa?

Orang Jahat : Sebab dah terbukti aku salah.Aku tak leh nak tipu dah.

Lakov : Baik juga awak ni Orang jahat.Baik lah sampai disini saja perbualan saya.Bye2
-----------------------------------------------------------------------------------------
Hurmm...Orang baik pon pandai menipu juga ek..orang jahat boleh pulak dia cakap benar.Sama-sama laa kita pikirkan..Kesipulannya..Yang baik tak semestinya baik sangat.Yang Jahat tak semestinya Jahat sangat.

Note : buat baik memang senang tapi susah kita nak kekalkan.buat jahat susah nak buat..tapi bila dah berjaya kerap pulak kita lakukan.betul tak?hurmm

Wednesday, June 23, 2010

Mak Ayah

Aku tahu,
Aku selalu kecewakan mak dengan ayah,
Aku selalu buat mak aku beleter panjang,

Aku tidak bermaksud aku suka,
Tapi bila aku dalam keseronokan,
Aku sering alpha,
Aku lupa yang aku ada mak dengan ayah,

Aku tahu mak dengan ayah banyak berkorban untuk aku,
Untuk masa depan aku,
Untuk kehidupan aku,
Untuk kebahagian aku,

Tapi Aku selalu lupa akan pengorbanan mak dengan ayah,
Aku lebih suka enjoy,
Berhuha sana sini,

Bila aku sedar aku telah membuat mak dan ayah aku sedih,
Aku hanya diam membisu,
Hanya meratap sedih akan apa yang telah aku lakukan,
Aku tidak berusaha untuk meminta maaf,

Aku menjadi berat mulut untuk bercakap maaf,
Aku menjadi tidak keruan,
Hilang punca dan sewaktu dengannya,
Aku bisu seperti mulut aku dijahit 16 jarum

Tapi percaya laaa mak ayah,
Aku sentiasa menyesal bila aku buat mak ayah sedih dan marah,
Walaupun kerap melakukan perkaranya sama,
Aku harap mak ayah tidak amik hati dengan perangai aku yang 1001 ini,

Tolong didik aku menjadi manusia berguna,
Didunia dan akhirat,
Percaya lah mak ayah,
Jauh dilubuk hati aku ini,
Aku ingin meraung meminta maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukkan,
Maafkan aku,

anakmu yang nakal
11.55pm
23.6.2010
untuk ke-2 ibu bapaku

Tuesday, June 22, 2010

MASSAGE!!!!

Aku bangun pagi
tengok phone no massage

Tengah hari ketika aku menonton TV
tengok phone no massage

Petang selepas aku usha budak sekolah balik sekolah >:))
tengok phone no massage

Senja sesudah tengok katon kt tv2
tengok phone no massage

Malam ketika aku tengah main game
tengok phone no massage

Tengah malam ketika aku tengah tido
tengok phone 1 massage
aku buka
TAHNIAH ANDA BERJAYA MENYERTAI PERADUAN BLA..bla..bla..

WAHHHH aku rasa nk balik jaa phone aku ni..aku ingat ada laa awek mana hantar massage kt aku tengah2 malam tak pon member hantar massage ajak tengok bola kaa rupanya peraduan buduh ni..haish..hilang nafsu tido aku..

THE END

Monday, June 21, 2010

Santau Israel >:-)

Israel semakin ganaz sekarang...sakit hati bila tengok kt television..pasal diorang serang kapal bantuan untuk rakyat Palantine...rasa nak maki jaaa....tapi maki saja pon tak guna..bukan diorang dengar pon..kalo dengar pon aku rasa diorang gelak...bukan ada effect pon kalo diorang dengar maki aku ni..silap2 aku yang kena headshoot hohohoho...diorang tetap bunuh orang Islam jugak..

Tapi pernah kita terpikir tak..mengapa kita tak santau jaaa askar-askar Israel...pakai laa semua jenis santau yang ada..yang aku tau santau air dengan angin jaaa..p santau diorang..betul tak
guna segala ilmu hitam yang ada kt negara kita ni untuk lawan askar Israel..wut cam dalam citer longkong kaa tak pon cam dalam cerita niyak rapik kaa...cool tak?kalo diorang leh sembilah orang Islam..kita lawan guna ilmu hitam kat askar Israel..tapi aku pelik..ilmu hitam itu hanya digunakan untuk menjatuhkan sesama kita..sesama bangsa sesama Islam...Mengapa?Mengapa tak guna untuk jatuhkan musuh Islam?adakah tak lut ilmu tu kepada mereka? kalau laa tak lut ilmu tu kt askar Israel hurmm...huyooo...tinggi jugak ilmu kebal askar Isreal tu kan..hahahahaha...

Itu cuma pendapat aku sahaja....apa pendapat rakan-rakan blogger yang lain?hehehe..baik lah sikit jer aku nk tulis hari ni..maaflaaa entry aku ni ayat dia tunggang langgang sikit harap korang paham laa apa yang aku tulis..aku berenti disini dulu..Asslamulikum..

Friday, June 18, 2010

tag dari cik cepet!! THANX YOO


Thanx to miss cepet..kerana memberi anugerah ini..hehehe maaf lewat jawap..sebenarnya ada tag lagi dari rakan2 blogger yg lain tapi saya ingin menyusun 10 jari maaf kepada yg ada tag untuk saya dan tidak menjawap..kesibukkan duniawi ini meyebabkan hamba susah nk o9..maafkan patik nyer tuanku hehehehe...apa kah soalan2 yg perlu hamba jawap kena dgr sejujur mungkin hoho let roll..

pe usaha kowng tuk chantek kn blog.??
usaha hamba untuk mencantikkan blog hamba hamba..hamba tidak edit pon blog hamba guna apa yg ada jaa..sbb hamba agak malas nk mengedit wakakakakaka

website yg bantu anda meng edit
website yg membantu hamba edit ialah tak lain tak bukan www.w3schools.com banyak mengajar hambar tentang html coding hohoho


5 perkataan yg menggambarkn diri anda
tido
main game
makan
menyakat adik hamba
baca novel

itu lah jawapan hamba untuk tag ini...hoho sebenarnya cik cepet bg banyak..tapi tahap stamina badan hari ini agak lemah ini sahaja yg hamba mampu harap cik cepet tidak kisah hohoho
kepada sahabt blogger lain terutama wanur, puput,mr belalang apa kahabr anda disana..maaf jarang o9 sekarang ni..ada kerja mau bikin huhu...tak mau ckp byk nti korang bosan..so bye bye

Friday, June 4, 2010

Kekarutan Pelajar Nak Tengok Wayang

Sekumpulan pelajar sekolah fly nak pergi tengok wayang dekat Taiping Sentrol,Bandar Warisan.Mereka berjalan kaki hampir 3.5km/m untuk sampai ke Taiping Sentrol.Salah seorang dari mereka berhajat menonton cerita "Prince Of The Pasiak Masa Itu Pasir"(kedah pekat ni haha).Tetapi dibantah oleh seorang rakan dalam kelompok itu dengan alasan tidak ada Anjinglina Joli.

Salah seorang dari mereka tidak mahu menonton wayang sebab nak simpan duit nak tengok "ABATAK Blender Angin Terakhir".Jadi dia pergi merayau-rayau dekat teskoit coit mencari awekz-awekz jual game.Mereka yang lain masih memilih cerita untuk ditonton.Cerita terbaru Lagend of Syaitan Kid dibintangi Pisa.Tapi semua mengeluh dan berkata "cerita melayu tak yah tengok pon dah tahu cm mana cerita dia".huhu What can i say they all taste mat saleh.

Tetiba seorang dari mereka bersuara jom tengok cerita "Cherek Selama-Lamanya" 3-D lagi tau..Tapi malang nya cadangannya di tolak mentah2..sian mamat tu..Si pendek tu teringin nak tengok cerita lakonan Bread Pig. Tapi mana ada Bread pig berlakon lagi.Akhirnya semuanya akur menonton cerita "Legendry Of The Syaitan Kid" sebab "Prince Of The Pasiak Masa itu Pasiak" tiket dah abih.(Padan muka pilih lama sangat)

Setiba mereka dalam panggung.Duduk dan menonton gelak,teriak sehingga habis cerita orang disebelah menegur mereka "Nak tumpang balik tak?"Mereka terkejut munkey apabila orang yang tegur mereka adalah Warden Asrama mereka.hahaha

Pada pendapat anda apa yang akan terjadi kepada budak-budak yang fly itu sesudah mereka terkantoi fly tengok wayang?hehehehehe

Sampai disini sahaja kekarutan aku untuk hari ini.Enjoy.

Thursday, June 3, 2010

Loki

Loki ni seorang yang kacak,serba boleh dalam semua bidang,hebat dia memang seorang yang hebat.
Tapi Loki lebih suka bersendirian.Dia lebih suka berkubang dirumahnya.Walaupun dia menjadi perhatian orang ramai tapi dia masih dalam kesunyian.

Mengapa?
Bukan tidak ada orang yang cuba mendekatinya.Ramai cuba ingin mengenali jejaka Loki ini.Tapi dia masih sama seperti dulu.Bersendirian.Kesunyian telah sebati dalam hidupnya.

Loki ni macam tengah mencari sesuatu dalam hidup dia.Looking and seaching..Dia tidak tahu apa benda yang dia cari..tapi dia tetap mencari..

Hurmm..aku pon masih pikir benda apa yang Loki ni cari untuk sambung cerita ini..jika ada sebarang pendapat boleh hantar komen nyer..

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Pulang kepada Lakov

Yea Selamat Pulang ke rumah kepada diriku
setelah seminggu membawa diri bersama hati dan tekanan mental yang kurang stabil ke taiping
hahaha

thanx to Puput,wanur,naomie,mr belalang,cik sugar2 strawbery kapas yang menayakan saya lama tak tulis n3 baru ni tgh tulis laa ni..
hoho..
skrang ni tengah tak ada ilham lagi..
hehehehe
tengah pikir watak macam mana pulak kali ni hehehe

baik laa jumpa lagi hehehe