AirJambu Lazat
Let's think together
Thursday, December 27, 2012
DUNIA INI INDAH, TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?
Sunday, February 12, 2012
Cermin Muka Dulu AAAA!!!
Hye mirror mirror at the wall, Am i the good person?hohoho
Assalamualikum...dan salam sejahtera..
berita hari ini...
seorang remaja bertumbuk kerana ditegur akan kelakuannya lalu dia menjerit kepada magsa "KAU PERGI AAA CERMIN MUKA DULU, ENTAH DIRI SENDIRI PON TAK BETUL ADA HATI NAK TEGUR ORANG" itu lah luahan seorang remaja selepas ditegur atas pemakaian yang agak menjolok mata hingga menaikkan nafsu syawat orang sekeliling baik lelaki dan wanita.
Magsa,yang tidak mahu dikenali hanya mampu mengosok pipinya akibat termakan penampor dari remaja yang dia cuba tegur tadi. Dia tidak berniat untuk memalukan remaja tersebut dikhyalak ramai tetapi dia cuba tegur secara lembut dan baik. Malangnya remaja tersebut tidak dapat menerima teguran yang baik sebegitu.
Kes telah difailkan oleh Airjambu sendiri untuk dibicarakan di mahkamah nanti.
------------------------------------------------------------------------------------
aku rasa situasi dia atas ramai dikalangan kita pernah lalui...
dan ayat yang sama akan kita ucapkan "Cermin aa muka kau tu dulu sebelum tegur orang"
tetapi sekarang ayat tu semakin kerap di gunakan untuk menutup kesalahan kita.
Persoalannya...mengapa kita hendak tutup kesalahan? adakah kita bermaksud benda yang salah tu adalah betul? dalam otak aku terbayang macam ni :-
1+1 = 11 --- jawapan kita tetapi bila ada orang tegur dengan mengatakan
1+1 = 2 --- kita marah orang itu..dan mempertahankan jawapan kita itu adalah betul..sedangkan ia salah...
aku harap anda semua paham laa point yang aku cuba sampaikan..itu cuma imaginasi aku mengenai tu..
Aku berfikir sejenak..di tepi pantai sambil memikirkan hal aku aku terlintas akan isu ini...aku memandang bulan dan bintang untuk mencari ketenangan..walaupun hati aku ketika itu agak gundah gunalan..well jangan lari tajuk wahahaha..
aku memehartikan cermin...agak lama aku termenung...dan aku cuba fikir baik buruk aku semua..tapi hurrmmm tidak malangnya..aku akan menangkan diri sendiri.
aku membuat kesimpulan sendiri...
bagi aku cermin didalam pepatah itu bukan cermin yang kita dok hadap hari-hari..tetapi orang yang ada sekeliling kita..mereka lah cermin kita....kita kurang untuk melihat kekurangan kita..tapi orang lain nampak kekurangan kita..bila mereka tegur kita marah mereka semula.WHAT THE POINT?? they try to teach us..kita juga cermin kepada mereka..bila mereka silap tegur mereka...kerana ego setinggi langit sekeras concerete kita sukar untuk menerima teguran orang...
untuk menegur orang...juga susah sebenarnya..jika tersalah kata..orang tidak mampu menerima teguran kita..tegurlah secara baik tanpa mengaibkan orang...itu mungkin cara terbaik..terima atau tidak terpulanglah..kita semua ada otak boleh fikir baik buruk...seharusnya bila ditegur cermin muka dulu kalau kita buat ada sebab yang kukuh tak mengapa kalau tidak terimalah teguran itu sebagai pengajaran buat kita untuk kita menjadi orang yang lebih baik di hari akan datang..
tapi tahukah anda..cermin yang terbaik untuk kita semua adalah muhasabah diri...itu lah cermin terbaik untuk kita semua...
Selebihnya terpulanglah pada diri..aku juga insan yang perlukan teguran orang untuk membaiki diri sendiri..aku juga sama kadangkala boleh terima kadang kala tidak..tetapi aku cuba belajar untuk menerima teguran orang..untuk kebaikkan diri aku...
Dah lewat ada perkara yang perlu aku selesaikan..CERMINLAH MUKA KITA SAMA-SAMA hahahaha.....ada jerawat kita picit..ada taik hidung kita buang okey hahahaha...
Satu lagi pesanan : pepatah dari mana entah aku terbaca ada mengatakan :
SAHABAT SEJATI ADALAH SAHABAT YANG MENERIMA BAIK BURUK KITA..
Sekian sahaja dari aku..
Loki
3.50petang Ahad.