Thursday, December 27, 2012

DUNIA INI INDAH, TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?


 



DUNIA INI INDAH,


TAPI KENAPA KITA JADI BODOH??


Assalamualiakum..
wow lama juga aku tidak update blog aku ni..dah kusam gila! khakahka
apa nak dikata..aku bukan seorang yg bijak untuk berkarya terutama apabila aku sedang berusaha mencari idea untuk kita sama-sama berfikir mengenai intipati yg sedang aku sampai. Ya blog kebanyakkan penulisan aku bukan berkisarkan fakta yg tetap dan tepat tetapi sesuatu yg abstrak yang bagi sesetengah orang tidak bersependapat dengan aku. Dan itu lah tujuan aku iaitu mengajak kita berfikir. seperti kata seorang mitos Dektetive terpopular 

SHERLOCK HOLMES 



berkata : Food For Brain is Think

Baiklah itu serba sedikit mengenai blog aku. Kembali kepada tajuk blog ini " DUNIA INI INDAH TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?" . Ayat ini aku terima dari seorang rakan(senior semasa aku mengaji di Rembau) Hasbul namanya memberi aku statement ni. Lama juga aku memikirkan maksud tersirat ayat tersebut dan ini hasil kesimpulan dari apa yang aku nampak.
 

Berpandukan gambar rajah ini. Indah-Indah belaka. Ini gambar contoh sahaja untuk mengambarkan Indah hehehe. Betul tak dunia ini indah Allah s.w.t telah mencipta dunia ini dengan indah sekali sehingga boleh dikatakan sebagai syurga sementara. kerana apa yang ada di dunia ini adalah sementara. Cuba kita fikir sejenak indah sebernanya dunia ini. Allah s.w.t berikan kita udara untuk bernafas, air untuk kita minum, tanah untuk kita berdiri,duduk,guling pokok dan tumbuhan dan haiwan yg boleh dimakan (yang Halal Sahaja nyer). Indah buakn...kita diciptakan berpasang pasangan lelaki dan perempuan. Boleh berkawin di antara lelaki dan perempuan bercinta satu sama lain macam kita tengok rancangan television ) "Raikan Cinta" indah bukan? Awat tak cukup indah lagi...aku pun dah kekurangan idea untuk menceritakan indah itu bagaimana harap anda semua dapat lah gambar apa maksud indah yang cuba aku sampaikan..tapi kalo ada diantara kita denied atau tidak setuju tapi ingatlah aku jangan sampai kita tidak bersyukur..nanti kufur nikmat kita. Nauzibilah..Beristifar kita bersama-sama. Maksud aku indah dari semua aspek, kehidupan walaupun sering ditimpa musibah tapi sbenarya masih ada keindahan yang kita tidak perasaan, pemandagan ya memang banyak tempat yang Allah jadikan yang begitu hebat! apa lagi indah sebab kita mampu buat pelbagai-bagai dengan pancarindera yang Allah berikan kepada kita. Benar bukan?

TAPI


Kenapa masih ada diantara kita jadi bodoh?? why?why?why? Bodoh sebab melangar peraturan Allah?why?sebagai contoh yang jelas bukan untuk menghina kaum hawa aku rasa contoh yang paling senang untuk aku gambarkan. Perempuan Islam yang tidak menutup aurat malah bangga dgn aurat mereka why? why you're being stupid? Yes, aku mengaku anda lawa dan sememangnya Allah mencipta wanita-wanita ini lawa-lawa belaka tapi kenapa ada diantara anda bodoh tidak menutup aurat. Masalahnya kita tahu WAJIB menutup aurat tapi kenapa bodoh tidak mahu ikut..Lelaki Islam kenapa hendak minum arak? Bodoh sangat ker sampai tidak tahu arak itu HARAM! tapi kenapa masih lagi minum? BODOH bukan? dan ini untuk semua SOLAT! solat itu wajib 5 kali sehari tapi kenapa diantara kita masih lalai? itu perintah Allah kenapa kita abaikan? BODOH kan kita sebenarnya. Ya aku pernah mendengar dari telinga aku sendiri bercakap mengenai ikhlas..kita ini HAMBA ALLAH ingat tu HAMBA ALLAH..sebagai hamba paksa itu perlu ada dalam diri kita. Mcm kita berkerja dibawah orang. Owh..ada meeting malas nak pergi tapi kena pergi sebab itu tanggungjawap. Bukankah itu terpaksa? nak contoh lagi? siapa yang ada pembantu rumah a.k.a bibik..cuba anda letakkan diri ditempat mereka..tetiba ayah kita arahkan dia potong sayur dia buat tengah potong sayur mak suruh basuh kain kemudia kita suruh dia amik barang kita sbb kita ni pemalas pernah tak terfikir yang mereka terpaksa buat itu semua untuk kita? Oh..sebab diorg dibayar..kita juga dibayar..tapi bkn dibayar dengan wang ringgit tapi dengan pahala. itu pun bodoh tak boleh fikir(emotional sikit hahaha). Bibik tu buat semua itu sebab itu tanggungjawap dia sebagai pembantu rumah walaupun terpaksa buat itu ini. Get the point?

Aku harap korang dapat apa yang aku cuba sampaikan..statement ini boleh digunakan dalam apa jua aspek untuk motivate diri kita sebanarnya itu aku ketengah statement ni agar kita dapat berfikir..ya statement memberi motivasi untuk aku time aku dalam kesusahan atau tekanan stress itu ini tapi isu yang aku bawa kan Islam sebab aku teringin jadi seorang pendakwah cam ustaz-ustaz..tapi ilmu tak ada Insyllah sat hari nanti akan aku cuba usahakan.Amin.

Kesimpulan statement ini sebenarnya "HIDUP INI INDAH TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?"
betul hidup kita ini indah Allah telah berikan keindahan yang tidak ternilai didunia ini..baru didunia diakhirat disyurga nanti hurrmm tidak tercapai keindahan nikmat jika kita berjaya kesyurga Allah di akhirat kelas Insyallah mudah-mudahan. Tapi jangan kita jadi bodoh dengan melangar perintahnya. Melangar perintah Allah s.w.t umpama memperbodohkan diri sendiri.

Aku rasa ini antara entri terkasar aku hahaha harap maaf dan minta ampun jika ada yang terasa atau terguris hati bila baca entri ini. tapi aku buat niat untuk peringat diri aku sendiri dan berkongsi bersama-sama kepada yang sudi baca entri yang panjang lebar ini..aku juga masih dalam process mebaiki diri..untuk menjadi hamba Allah s.w.t. Aku teringat ada seorang sahbat cakap kapada aku mengenai nikmat. Dia cakap nikmat paling hebat di muka bumi adalah "NIKMAT MENAJDI HAMBA ALLAH s.w.t". Aku berdoa agar aku,keluargaku,rakan2ku dan seluruh umat Islam menerima nikmat tersebut satu hari nanti amin.

p/s : sesiapa yang baca atau ingin berkongsi pendapat atau pandagan teguran amat2 di alu-alukan teguran. Mari sama-sama kita berfikir  dan berubah menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan.

No comments: