Friday, April 30, 2010

Yakjud & Makjud Bencana Disebalik Bukit ( Part 1)

Assalamulikum..saya dalam proses membaca buku tersebut. Tetapi bukan semudah seperti saya membaca novel jiwang atau berunsur penyiasatan seperti lain. Setakat yang saya baca ini saya ingin kogsikan bersama rakan-rakan saya yang lain agar kita sama dapat memperkuatkan iman kita. Secara jujur saya bukan budak pandai bab-bab agama tetapi buku ini mungkin sebanyak dapat membantu saya untuk merapatkan diri saya kepada pencipta kita Allah. Dan ini buku pertama yang saya baca berkaitan Islam/Biografi dan Profil. Sebelum ni saya hanya banyak membaca novel. Baiklah saya ingin mulakan.

Kisah Yakjud & Makjud sudah ada begitu lama.Siapa sangka kisah Yakjud & Makjud telas tercatat didalam Kitab-Kitab Samawi seperti Taurat,Injil dan Al-Quran.Di Dalam Al-Quran menyatakan Yakjud & Makjud makhluk perosak muka bumi.Dan catatnya nama Y & M (Yakjud & Makjud) di dalam ketiga-tiga Kitab Samawi kehadiran Y & M sangat mengemparkan dunia.Persoalannya bagaimana rupa Y & M ? Manusia?Haiwan?mungkin Raksasa seperti dalam television.Hanya Allah yang tahu.Bila mereka keluar? Juga Hanya Allah sahaja yang tahu.Kita hanya tahu Y & M akan keluar pada hari akhirat kelak nanti.

Kisah Y & M didalam Al-Quran berkait rapat dengan Zulqarnain.Allah menurunkan surah Al-Kahfi ayat 83-98 kepada NabI Muhammad untuk menjawab pertanyaan orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kesahihan kenabian Nabi Muhammad dengan pertanyaan perihal Zulqarnain.

Surah Al-kahfi ayat 83-98 :-
maksudnya

83- Dan mereka bertanya kepadamu,mengenai Zulqarnain.Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.'

84- Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85- Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.

86- Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbit terbenam,ia mendapati terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur,dan ia mendapati di sisinya satu kaum.Kami berkata, 'Wahai Zulqarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.'

87- Ia berkata, 'Adapun orang yang melakukan kezaliman,kami akan menyeksanya;kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya,lali diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88- Adapun orang yang beriman dan beramal soleh,maka baginya balasan baik;dan kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah.'

89- Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90- Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, is mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan daripadanya.

91- Demikian halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.

92- Kemudian ia berpatah balik balik menurut jalan yang lain.

93- Sehingga apabila ia sampai diantara dua gunung, ia dapati disisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94- Mereka berkata, 'Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Y & M sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menetukan sejumlah bayaran kepadmu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95- Ia menjawab, 'Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasinya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96- 'Bawalah kepadaku ketul-ketul besi;sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, 'Tiuplah dengan alat-alatmu, 'sehingga apabila is menjadi api berkatalah ia, 'Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.'

97- Maka mereka tidak daoat memanjat tembok itu,dan mereka juga tidak daoat menebuknya.

98- Berkatalah ia, 'Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur,dan janji Tuhanku itu benar.

Selesai sudah ayat dari surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulqarnain. Dari gaya bahasa pendeta-pendeta Yahudi itu,dapat diduga mereka mengetahui tentang Zuqarnain cukup mendalam. Secara tidak langsung Y & M perlu diterokai di dalam kitab-kitab yahudi adakah mencatatkan kisah Y & M serta Zulqarnain.

Secara kesimpulannya selepas penulis mengkaji Al-Quran dan Bible mendapati Al-Quran menyatukan kisah Y & M serta Zulqarnain tetapi sumber Bible hanya menceritakan Y & M atau Gog dan Magong sahaja tanpa mengaitkan dengan kisah pengembaraan Zulqarnain seperti didalam Al-Quran.Dalam Bible tiada mengisahkan perhal Zulqarnain tetapi surah Al-Kahfi menceritakan kepada Nabi Muhammad menjelaskan keperibadian Zulqarnain.Secara logiknya para pendeta atau rabi yahudi sangat kenal sifat Zulqarnain yang kisahnya terkubur lama sebelum kelahiran Nabi Isa.

Saya berhenti takat ini sahaja.Ini pon sudah cukup panjangnya.Saya ingat nak pendek jer tapi tidak boleh..saya takut ada yang terlepas nanti. Saya menulis entry ini untuk kebaikan saya dan juga rakan-rakan blog saya.Kalau dalam entry ni ada kesilapan terutama ayat Al-Quran cepat-cepat tegur saya nya.Saya berhenti disini dulu.Harap entry ni menarik perhatian anda untuk membaca.Kita berbalik semula pada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad.Assalamulikum.

Kesemua kisah ini dipetik dari buku "Yakjud & Makjud Bencana Disebalik Bukit"

lakov mata pusing
30.4.2010
11.43pm

Al-kisah lucu Ultraman m0ktar0

Mak aku kejut aku seawal 5.30am untuk bersiap-sedia ke rembau untuk pendaftaran aku ke sebuah kolej.Aku yang masih memamai bangun sambil cium ketiak(euuwww wangi baru deadoren jenama gatby)terus ke kamar bilik air untuk mandi..ayah aku dan adik aku sama-sama ponteng kerja semata-mata hendak menemani aku..setelah semuanya selesai kami pon bergerak...

............

Setiba kami di kolej itu aku agar hairan tidak ramai orang dan tidak ada seperti mengadakan majlis pendaftaraan pelajar baru..untuk mengetahui selebihnya kami ke pejabat pentadbiran berjumpa dengan pengurus kolej tersebut..seperti yang aku jangkakan hari ini tidak ada pendaftaran..bukan tak ada..sebenarnya pendaftaran itu pada 28.6.2010..aku hanya gelak besar dalam hati rasa macam dah masuk rancagan wakenabeb..tapi dia meminta maaf kerana telah melakukan kesilapan teknikal dalam surat tawaran tersebut yang mengatakan hari ini 30.4.2010 sebagai hari lapor diri..aku berasa malu+geram+lawak=gelong..selepas berborak dengan pengurus bukan aku diluar sana satu lagi pelajar senasib dengan aku..haha lawak nya..kami pon bergerak pulang..

............

dalam perjalanan aku sempat menkmati keindahan kampung kundur hilir di negori sembilan..lawa penuh dengan hijau-hijau..sejuk tidak seperti kat rumah aku berhabuk dan panas..aku masih terasa terkilan seperti diperbodohkan dilakukan begitu..namun aku cepat-cepat beristifar..aku mencari hikmah kejadian ini..aku bermunasabah diri sebentar..hikmah yang aku dapat :-

1) kelam kabutnya aku+dimarah oleh mak aku sebab aku ni buat kerja sambil lewa kadang-kadang suka amik mudah kerana aku hanya ada 2minggu untuk bersiap sblm tarikh 30.4.2010..kalo ada barang-barang penting tertinggal tak ke haru nti..nasib baik bukan hari ini pendaftarannya..

2) aku berjaya mengformatkan laptop aku masuk window 7..kalo 30.4 tu rasanya tak berformat lagi laptop aku..pakai jela walaupon berat nak open pon lambat..

3) adik aku dah ayah aku dapat cuti percuma hahahaha ~

4) 2hari lepas mak aku masak sambal petai udang dan ikan keli bakar fav aku tu..lepas jugak gian aku dapat ratah petai dengan ikan keli..hahah~

5) dah tengak tempat yang aku akan belajar nti..dan sejujur hati aku..aku sangat berpuas hati..tempat yang tenang dan cantik..walaupon tak ada tesco hahaah~ tapi ada fresco XD (ayah aku bawa aku pusing-pusing rembau)

6) plan aku nak lepak taiping bulan lima bersama kawan-kawan aku ni rasanya menjadi hehehe kalo ada rezeki sempat laa aku lepak dengan cik Pipi Muncet..

7) aku nak habiskan buku baca 'Yakjud dan Makjud Bencana Sebalik Bukit' dan menghabiskan pengembaraan aku dalam final fantasy 12(aku fans final fantasy tau haha~)

8) goyang kaki tunggu 28.6.2010 untuk kemasukan rasmi aku ke kolej tersebut..barang dah siap so apa nk dikalutkan hahahah~

betul..setiap kejadian ada hikmahnya..jangan terlalu melulu memaki hamun jika sesuatu berlaku..kaji semula munasabah diri..bukan sebelum mungkin hikmahnya akan datang..aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga aku yang sanggup hantar aku walaupun aku tak jadi masuk haha~ terutama mak aku yang sepanajng 2minggu ni keje marah aku jaa sebab aku ni balok liat sikit sekali ketul sekali jalan..aku cuba ubah sikat aku yang huduh itu..amin..aku rasa itu sahaja..aku tak tau laa kalo korg baca ni lawak ker tak tapi bagi aku ni pengalaman paling lawak aku ada hahahahaha~ lebih lawak dari aku minum kicap hahahah :P
aku harap korang sudi laa baca entry aku ni..dan aku mintak maaf..aku bukan penulis yang baik..harap korg tak kisah..sekian terima kasih :) :) :)

m0ktar0 wakenabeb
30.4.2010
3.27pm

Thursday, April 29, 2010

Nama 25 Rasul Islam Dalam Inskripsi Yahudi

ADAM = Adam

IDRIS =Enoch

NUH = Noah

HUD = Eber

SALEH = Shelah

IBRAHIM = Abraham

LUT = Lot

ISMAIL = Ishmael

ISHAK = Isaac

YAAKUB = Jacob

YUSUF = Joseph

AIYUB = Job

SYUIB = Jethro

MUSA = Moses

HARUN = Aaron

DAUD = David

SULAIMAN = Solomon

ILYAS = Elijah

ILYASA' = Elisha

YUNUS = Jonah

ZULKIFLI = Ezekiel

ZAKARIA = Zechariah

YAHYA = John the Baptist

ISA = Jesus

MUHAMMAD


Nama-nama tersebut saya mendapati dari sebuah buku yang sangat popular dan lebih 10,000 naskah telah dijual.
Saya ingin berkogsi dengan rakan-rakan blog saya untuk pengetahuan kita bersama.Saya sedang berusaha menghabiskan membaca buku ini "Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Bukit" di tulis oleh Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko.Jangan biarkan orang-orang Yahudi dan kafir merosakkan Agama Islam kita. :)

pening-pening lalat
29.4.2010
8.35pm

5bD




Semalam ketika aku tengah mengemas kini folder-folder dan file-file aku aku yang berterabur..
aku terjumpa gambar..gamabr budak-budak 5bD masa kat block 10..aku rasa nk tulis pasal depa laa.. :)

Mok2 : yang tu aku laa..tukang editor gambar itu dan menulis entry ni..aku pon tak tau nk citer apa pasal aku..kalo ada seberang pertanya terus contact aku disini :)

June : suka gelak dan kacau orang..peminat lagu hardcore..kaki skate..dan suka simpan rambut hehe

FathiWest : Fathi yang kekadang blur..tapi ramai kenalan perempaun lawa-lawa..memiliki studio sendiri dan rajin organize gigs :)

Apis : Dia merupa kaki bola dan juga peminat setia MU (yuks) haha~jangan marah..suka main pes lawan dengan aku..

Apit : Ketua bilik..dan paling besar dalam bilik aku sebab dia dah 20 lebih..hehe..kaki lepak dan borak..dan suka merayau hehe..

Nuar : Pakar dalam bidang networking ni..pakar dalam bidang linux..sifu linux aku..suka pangkah orang haha~

Itu lah kami..tapi sekarang dah berpisah tapi masih contact dan rapat macam dulu..tak lupa juga jiran kami dulu bilik depan yang di diami oleh JJ,Shah, Mie dan fed..
saja aku tulis supaya aku tak lupakan hang pa semua..kawan aku dunia dan akhirat..Insyallah.


mengimbau kenangan silam
8.25am
29.4.2010

video

P/s : Thanx to AdioS (fathi) yang telah membenarkan aku mengupload video hasil kerjanya kedalam blog aku.. :) enjoy

Wednesday, April 28, 2010

Cita-Citaku

aku teringat ketika aku masih kecil
bila di tanya cita-cita nak jadi apa bila besar nanti
aku akan jawab "nak jadi pilot"
sebab best boleh pergi luar negara.
hahaha~~

pejam celik pejam celik masa berlalu pantas..
aku kini berada di sekolah menegah.
dan kali ini bila orang tanya aku apa cita-cita aku..
kali ini cita-cita aku dah berubah
sekrang aku nak jadi jurutera macam ayah aku..
mana pergi cita-cita aku dulu yang nk jadi pilot?
hahaha~~

tamat sahaja spm aku ke Kuala Lumpur mencari pengalaman kerja
dan Alhamdulilah pakcik aku mengambil aku sebagai pekerjanya sebagai ofis boy
pakcik aku berkerja sebagai manager mengendalikan syarikat sistem computer
sepanjang aku berkerja aku tertarik pada bidang perkomputeran
sekali lagi aku bernukar cita-cita aku untuk menjadi network atau programmer..
hahaaha~~

tetapi apa yang aku tahu aku akan belajar senireka media digital
satu pun tidak ada kena mengena dengan cita-cita aku dulu
walaupun tak laa jauh mana masih dalam komputer tapi scope dia berbeza..
aku pun tidak berapa tahu sangat scope pembelajaran senireka media digital
yang aku rasa ia berbeza dari programming dan juga network
:-?

aku hairan..
aku yang asalnya bercita-cita untuk jadi pilot berubah menjadi jurutera..
dan berubah lagi ingin menjadi network atau programmer
tetapi benda yang aku akan belajar adalah media digital.
adakah aku ini tidak ada pendirian tetap?
apa cita-cita aku sebenarnya?
:-?

aku seperti biasa ke masjid waktu magrib dan mendengar kuliah magrib kalo rajin hehehe~~(pemalas lagi rupanya aku ni)
ada seorang ustaz berhujah "jangan fikir semua orang yg kaya,pemimipin atasan,ada rumah besar,ada kerjaya besar,gaji besar,kereta mewah..mereka dah jadi orang berjaya..kalau mereka tidak beriman kepada Allah..mereka hanya berjaya didunia yang sementara tetapi gagal diakhirat yang kekal selamanya..biar kita berjaya didunia dan akhirat...itu baru benar dan sebenarnya kita menjadi insan yang berjaya"

aku bagai tersedar dari lamunan..
mendengar kata-kata ustaz tersebut..
betul..aku kalau boleh semua aku nak jadi..nak jadi pilot,jurutera,programmer...
tetapi kalau ..aku lupakan akhirat..
aku tetap menjadi orang yang gagal..aku hanya berjaya didunia sementara tapi aku gagal diakhirat yang kekal selamanya..

sekali lagi aku menukar cita-cita aku..
skrang cita-cita aku nak jadi orang berjaya didunia dan akhirat..

sesudah solat asar
6.46pm

P/S : Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari diri aku sendiri yg tidak sempurna maafkan aku..aku ingin meminta maaf sekali lagi kerana aku bukan penulis yang baik..

Koko Vs Sarip Dol


Pagi-pagi lagi sudah bikin aku panas..
Aku baru jaa nk terlelap alih-alih dengar bunyi kucing bergaduh..(sumpah seranah kt kucing)
kalau aku keluar..dua-dua aku sepak..apa pon tak dapat hahaha~
aku pun melihat keluar melalui tingkap nak tengok free show kucing bergadoh..
haha~~sengal aku ni tengok kucing bergadoh

Seperti biasa penanti setia pintu belakang rumah aku kucing berbulu cokelat..si Koko yang pagi-pagi merayu-rayu mintak makan
dan sekor lagi kucing berwarna putih yang aku gelarkan dia Sarip Dol sebab muka dia gangster cm Sarip Dol haha~

Pada mulanya masing-masing melihat satu sama lain seperti menungu tindakan pihak menyerang.
Aku menungu dan terus tunggu melihat dengan penuh setia.
Masing-masing masih kaku hanya dengar bunyi mengeruh satu sama lain.
Ni nk bergadoh cakau ker gadoh mengeruh :P
Mata mereka masih bertentangan.

Tidak lama kemudian si Sarip Dol pergi meninggalkan si Koko tanpa pergaduh cakau-mencakau.
Hairan Bin Pelik mengapa si Sarip Dol pergi begitu sahaja.
Secara tidak langsung aku ingin mengumumkan si Koko pemenangnya~~Tahniah Koko hehe~~
Kemudian si Koko kembali ke tempatnya untuk berehat.

Aku terpikir mengapa si Sarip Dol pergi begitu sahaja?
Takut sungguhkah dia pada si Koko?

Aku pon kembali baring dengan seribu satu persoalan.
Pikir punya pikir akhirnya aku terasa mengantuk yang teramat.

OK Time too sleep.
Selamat Malam.
Sweet dream haha~~

Tips : Tips untuk tidor adalah pikir benda yang tak logik atau yang memang korang tak kan dpt jawapan haha~

otak blank..blank
4.20am

Salam Perkenalan



Assalamulikum..Salam perkenalan kepada sesiapa yg baca blog ini.Kawan-kawan mengenali aku dgn nama mok wlpn aku tak gemuk.M0ktaro tu sbb aku dulu suka tgk ultramen taro..haha..aku pon tak tau nk tulis apa sbb sejujurnya aku bukan laa penulis yg baik seperti otai-otai bloger yg lain..aku pon tak ada idea sgt nk tulis ni cukup kot setakat ini sahaja..bawah ni aku sertakan hasil aku mencuba digital art..aku harap korang sudi laa komen..baik buruk kedua-dua aku terima..aku akan cuba menghasilkan yang lebih baik pada masa hadapan.






Blue flame and Yellow Lightning


This is my brain?


m0ktar0 urban


Circle Of Ray


Wanted


What did you see?


dalam bilik serba neka
3.40am