Wednesday, April 28, 2010

Cita-Citaku

aku teringat ketika aku masih kecil
bila di tanya cita-cita nak jadi apa bila besar nanti
aku akan jawab "nak jadi pilot"
sebab best boleh pergi luar negara.
hahaha~~

pejam celik pejam celik masa berlalu pantas..
aku kini berada di sekolah menegah.
dan kali ini bila orang tanya aku apa cita-cita aku..
kali ini cita-cita aku dah berubah
sekrang aku nak jadi jurutera macam ayah aku..
mana pergi cita-cita aku dulu yang nk jadi pilot?
hahaha~~

tamat sahaja spm aku ke Kuala Lumpur mencari pengalaman kerja
dan Alhamdulilah pakcik aku mengambil aku sebagai pekerjanya sebagai ofis boy
pakcik aku berkerja sebagai manager mengendalikan syarikat sistem computer
sepanjang aku berkerja aku tertarik pada bidang perkomputeran
sekali lagi aku bernukar cita-cita aku untuk menjadi network atau programmer..
hahaaha~~

tetapi apa yang aku tahu aku akan belajar senireka media digital
satu pun tidak ada kena mengena dengan cita-cita aku dulu
walaupun tak laa jauh mana masih dalam komputer tapi scope dia berbeza..
aku pun tidak berapa tahu sangat scope pembelajaran senireka media digital
yang aku rasa ia berbeza dari programming dan juga network
:-?

aku hairan..
aku yang asalnya bercita-cita untuk jadi pilot berubah menjadi jurutera..
dan berubah lagi ingin menjadi network atau programmer
tetapi benda yang aku akan belajar adalah media digital.
adakah aku ini tidak ada pendirian tetap?
apa cita-cita aku sebenarnya?
:-?

aku seperti biasa ke masjid waktu magrib dan mendengar kuliah magrib kalo rajin hehehe~~(pemalas lagi rupanya aku ni)
ada seorang ustaz berhujah "jangan fikir semua orang yg kaya,pemimipin atasan,ada rumah besar,ada kerjaya besar,gaji besar,kereta mewah..mereka dah jadi orang berjaya..kalau mereka tidak beriman kepada Allah..mereka hanya berjaya didunia yang sementara tetapi gagal diakhirat yang kekal selamanya..biar kita berjaya didunia dan akhirat...itu baru benar dan sebenarnya kita menjadi insan yang berjaya"

aku bagai tersedar dari lamunan..
mendengar kata-kata ustaz tersebut..
betul..aku kalau boleh semua aku nak jadi..nak jadi pilot,jurutera,programmer...
tetapi kalau ..aku lupakan akhirat..
aku tetap menjadi orang yang gagal..aku hanya berjaya didunia sementara tapi aku gagal diakhirat yang kekal selamanya..

sekali lagi aku menukar cita-cita aku..
skrang cita-cita aku nak jadi orang berjaya didunia dan akhirat..

sesudah solat asar
6.46pm

P/S : Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari diri aku sendiri yg tidak sempurna maafkan aku..aku ingin meminta maaf sekali lagi kerana aku bukan penulis yang baik..

4 comments:

idAti mALek said...

haha...
bagus cita2 mu~

tapi solat asar 6.46 pm?

ha.~

lakov said...

aku baru lps solat asar..hehe tak sedar dah lewat sbb aku baru bgn tido hahaha XD

Pipi Muncet said...

cita-cita hanya impian. Jangan risau okay.

Nice entry tapi letak chatbox tau supaya orang tau blog ni sedang bernafas lagi hehe.bila follower dah ramai baru dlete.
ina dulu pun ada chatbox. dah byk follower delete chatbox. sb bukan nak berkenalan atau cari jodoh pun kat blog ni. ahaks.

no 2, buat entry yang tak panjang sgt waktu mula2.mcm ni pun ok. nnty bila org dah tertarik. mok tulis panjg2 pun org tak puas nak baca :)

selamat kembali ke dunia blogging. wah mcm pro plakk i,. ahaks

lakov said...

hehe..yup cita-cita adalah impian..

baik sifu :D
hehehe

tulaa..mula dah tulis entry panjang berjela..haha hari ni rajin menaip pulak.. :D

kalo tak pro tak ada laa mok mintak ina tunjuk ajar hehehe hehehe

thanx sudi komen entry mok :)