Friday, April 30, 2010

Yakjud & Makjud Bencana Disebalik Bukit ( Part 1)

Assalamulikum..saya dalam proses membaca buku tersebut. Tetapi bukan semudah seperti saya membaca novel jiwang atau berunsur penyiasatan seperti lain. Setakat yang saya baca ini saya ingin kogsikan bersama rakan-rakan saya yang lain agar kita sama dapat memperkuatkan iman kita. Secara jujur saya bukan budak pandai bab-bab agama tetapi buku ini mungkin sebanyak dapat membantu saya untuk merapatkan diri saya kepada pencipta kita Allah. Dan ini buku pertama yang saya baca berkaitan Islam/Biografi dan Profil. Sebelum ni saya hanya banyak membaca novel. Baiklah saya ingin mulakan.

Kisah Yakjud & Makjud sudah ada begitu lama.Siapa sangka kisah Yakjud & Makjud telas tercatat didalam Kitab-Kitab Samawi seperti Taurat,Injil dan Al-Quran.Di Dalam Al-Quran menyatakan Yakjud & Makjud makhluk perosak muka bumi.Dan catatnya nama Y & M (Yakjud & Makjud) di dalam ketiga-tiga Kitab Samawi kehadiran Y & M sangat mengemparkan dunia.Persoalannya bagaimana rupa Y & M ? Manusia?Haiwan?mungkin Raksasa seperti dalam television.Hanya Allah yang tahu.Bila mereka keluar? Juga Hanya Allah sahaja yang tahu.Kita hanya tahu Y & M akan keluar pada hari akhirat kelak nanti.

Kisah Y & M didalam Al-Quran berkait rapat dengan Zulqarnain.Allah menurunkan surah Al-Kahfi ayat 83-98 kepada NabI Muhammad untuk menjawab pertanyaan orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kesahihan kenabian Nabi Muhammad dengan pertanyaan perihal Zulqarnain.

Surah Al-kahfi ayat 83-98 :-
maksudnya

83- Dan mereka bertanya kepadamu,mengenai Zulqarnain.Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.'

84- Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85- Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.

86- Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbit terbenam,ia mendapati terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur,dan ia mendapati di sisinya satu kaum.Kami berkata, 'Wahai Zulqarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.'

87- Ia berkata, 'Adapun orang yang melakukan kezaliman,kami akan menyeksanya;kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya,lali diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88- Adapun orang yang beriman dan beramal soleh,maka baginya balasan baik;dan kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah.'

89- Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90- Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, is mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan daripadanya.

91- Demikian halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.

92- Kemudian ia berpatah balik balik menurut jalan yang lain.

93- Sehingga apabila ia sampai diantara dua gunung, ia dapati disisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94- Mereka berkata, 'Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Y & M sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menetukan sejumlah bayaran kepadmu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95- Ia menjawab, 'Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasinya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96- 'Bawalah kepadaku ketul-ketul besi;sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, 'Tiuplah dengan alat-alatmu, 'sehingga apabila is menjadi api berkatalah ia, 'Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.'

97- Maka mereka tidak daoat memanjat tembok itu,dan mereka juga tidak daoat menebuknya.

98- Berkatalah ia, 'Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur,dan janji Tuhanku itu benar.

Selesai sudah ayat dari surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulqarnain. Dari gaya bahasa pendeta-pendeta Yahudi itu,dapat diduga mereka mengetahui tentang Zuqarnain cukup mendalam. Secara tidak langsung Y & M perlu diterokai di dalam kitab-kitab yahudi adakah mencatatkan kisah Y & M serta Zulqarnain.

Secara kesimpulannya selepas penulis mengkaji Al-Quran dan Bible mendapati Al-Quran menyatukan kisah Y & M serta Zulqarnain tetapi sumber Bible hanya menceritakan Y & M atau Gog dan Magong sahaja tanpa mengaitkan dengan kisah pengembaraan Zulqarnain seperti didalam Al-Quran.Dalam Bible tiada mengisahkan perhal Zulqarnain tetapi surah Al-Kahfi menceritakan kepada Nabi Muhammad menjelaskan keperibadian Zulqarnain.Secara logiknya para pendeta atau rabi yahudi sangat kenal sifat Zulqarnain yang kisahnya terkubur lama sebelum kelahiran Nabi Isa.

Saya berhenti takat ini sahaja.Ini pon sudah cukup panjangnya.Saya ingat nak pendek jer tapi tidak boleh..saya takut ada yang terlepas nanti. Saya menulis entry ini untuk kebaikan saya dan juga rakan-rakan blog saya.Kalau dalam entry ni ada kesilapan terutama ayat Al-Quran cepat-cepat tegur saya nya.Saya berhenti disini dulu.Harap entry ni menarik perhatian anda untuk membaca.Kita berbalik semula pada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad.Assalamulikum.

Kesemua kisah ini dipetik dari buku "Yakjud & Makjud Bencana Disebalik Bukit"

lakov mata pusing
30.4.2010
11.43pm

18 comments:

lakov said...

wak lu panjang laa pulak..tapi aku dah tak tau nak potong kt mana tkt salah potong lain jadinya..harap anda sudi baca..hehe

sugar2 kapas strawberry said...

zulqarnain???
pnh x bc bku iskandar bkn zulqarnain???

lakov said...

pernah jumpa buku tu tapi tak baca..dalam buku tu tulis apa..mari berkogsi pendapat :)

lakov said...

ehh tajuk buku tu 'Alexander bukan Zulqarnain' atau 'Iskandar bukan Zulqarnain'?(sy kekeliruan) 8-)

sugar2 kapas strawberry said...

hihi..xsure la...
tp cm menarik..tgk kwn sy bc...
yg sy taw alexander bkn iskandar..iskandar zulqarnain bkn iskandar..nth cmner nth..nti sy pinjm ngn mber sy dlu then sy cite kt awk ye..
tp buku ni ad percanggahan gak..ad satu buku tjuk dia alexander adlh iskandar kot..awk try search...dia ad pro and contra antara dua bku ni

lakov said...

no problem nti saya akan cuba seach cari pro & contra 2 buku tu..sbb dlm buku yang saya baca tidak ada menceritakan tentang tntg Zulqarnain sgt..tertumpu pada Y & M sahaja...

.ShazaSulaiman. said...

thnx cz follow me..lakov,lakov like i've been hear dat nme be4..

.ShazaSulaiman. said...

hoho..mybe one of my frens..don know la..not importnnt.haha

.ShazaSulaiman. said...

hu..sory.didn't mean to.juz ignore dat nick oke.myb im wrong or mishear.hu:)
don wory be hapy..

sugar2 kapas strawberry said...

buku yg awk bc tu sy x bc lg.. ;)
hihihihi

Belalang hijau Perisik said...

smlm Belalang janji nak dtg bc entry nih.so arini dah abis baca...
huhuhu...

lakov said...

apa pendapat anda belalang?anda ada info tentang yakjud dan makjud?kalo ada kongsikan laa.. :)

malyna said...

Allah turunkan Al-Quran buat kite, memang lengkap, everything ade, tugas kite utk mengkaji dan mendalaminya :)

*peringatan utk diri sendiri jugak :)

lakov said...

saya tetuju cik malyna...Al-Quran memang cukup segala-galanya..

nich said...

chop... y&m tu jahat kan?
dia sentiasa nak korek bumi nak kua kan?
hehhehe sbb 2 la Allah wat bumi ney sfera kan.. tiap2 kali azan berkumandang kan dorang akan masok balek dalam bumi 2 kan?
errrr betol kan kalau salah ye.. huhuhu wallahualam.

lakov said...

Saya pon ada dengar kisah mcm tu jugak naomie..dari ceramah tentag y&m..yup y&m tu memang jahat dlm Al-Quran kata meraka perosak bumi..cuma buku yg saya baca penulis cuba mencari indentiti y&m..siapa/apakah y&m tu sebenarnya

Kay- said...

lakov...akak ade kedua2 buku tuh...x khatam lagii ;)) nanti kita share2 okehh.....

lakov said...

kak abcmilo : wahh...caya laa kak abcmilo..nti boleh laa share maklumat dan pendapat ^_^