Saturday, May 15, 2010

Nasi Lemak dan Kebun Kecil

Aku bangun pagi bersama cangkul untuk ke kebun kecilku
Mencangkul tanah untuk mencari sesuap nasi lemak
Sepanjang hidup aku bergantung pada kebun kecil ini
Ini sahaja yang aku mampu lakukan diusiaku yang sudah senja

Hari ini aku menagis teresak-esak
Kebun kecilku hilang
Tiada lagi sesuap nasi lemak
Apakah salahku sehingga mereka sanggup melakukan kepada orang tua seperti ku?

Kini,tanah kebun kecilku
Telah berdiri sebuah pencakar langit yang gah
Ramai orang berpusu-pusu keluar masuk bangunan itu
Orang ramai memuja-memuji pencakar langit itu yang dahulunya hanyalah kebun kecil

Aku tidak memiliki apa-apa dari bangunan itu
Aku tidak punyai pangkat untuk menjejaki dibangunan itu
Aku tidak punyai hak didalam bangunan itu
Aku tidak lagi dapat menikmati nasi lemak seperti biasa

Apalah nasib ku ini
Merempat ditanah sendiri
Malangnya hidupku ini
Tertindas didalam negara sendiri

Tiada apa yang mampu aku lakukan didunia ini
Hanya menanti malaikat menjemputku untuk bertemu Yang Maha Esa.


Berfikir sambil berimaginasi
4.00am
15.5.2010

6 comments:

hologramisfera said...

perghhh nasik lemak ada ikan masin lg!
cayalahhh

sugar2 kapas strawberry said...

kesian that org tua tu...
hmmmmm..ptg ni nk cari nasi lemak la kt pasa.. ;)

supergassoline said...

nmpk cdp jew nasi lmak tuh...
nk 1...

NAJ HEBAT said...

huahhhhh!!!

nnt aku bace.. aku ngantuk..

haha..

babai!

lakov said...

ina : hahaha ina makan ker ikan masin?nati beli kt mok terubok ikan masin hoho lama tak makan tu haha

sugar: sian dia..tapi nk wut cm mana ada orang menganayainya..sedap tak nasi lemak kt sana?

Cepet : makan sini ker bungkus?

naj hebat : hahaha selamat malam

teyha said...

nasi lemak yg sedap!!