Monday, May 3, 2010

Drama Swasta Dari Lakov

Di sebuah kedai kereta ternama dan menjual kereta-kereta mahal yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.
Kedai ini dimiliki oleh jutawaan Malaysia yg bernama Dr.Lakov amp.phd.abc.mpv+v-tech.Beliau menamakan kedainya "Bawa Laju-Laju Sdn.Bhd".Kisah bermula bila seorang datuk datang ingin membeli kereta.

Lakov : Ya Datuk GG(gigi gajah) boleh saya bantu?

Datuk : Bantu saya cari kereta best.

Lakov : Ini keretalog nya Datuk. Ni Datuk kereta Toyolta sport baru Toyolta Nakal dengan engin berkuasa keldai dua ekor,tayar dunloop,sportrim racingchild.Berharga RM 200 ratus ribu.

Datuk : Murah-Murah mahal lagi ada tak?

lakov : Ada Datuk..ini dia kereta bukan kereta Alzam.Buatan Malaysia.Berharaga RM 399 ratus ribu.

Datuk : Up sikit..Saya bajet nak beli kereta Rm 600 ratus ribu.

Lakov : Ada Datuk ini dia Lambongjini.Kereta sport laju ni.Meter dia cecah 350 km/d.

Datuk : Hurm..kereta atas tu berapa?

Lakov : Kereta Feragi ni?Murah jer Rm 750 ratus ribu.Enjin berkuasa kudap-kudap.

Datuk : Kereta Kancil 650 cc ada tak?

Lakov : Ada Datuk tapi bukan datuk nak kereta mahal.

Datuk : Mana leh bagi anak saya pakai kereta mahal rosak susah saya juga yang kena tanggung.

Lakov : Saya ingat Datuk yang nk pakai.

Datuk : Saya dah ada Mercidas tu cukup laa..jangan membazir amalan syaitan.

Lakov : Betul-betul saya setuju .

Lakov dan Datuk GG pon memulakan upacara pembelian.Lakov pon..abis idea berhenti disini sahaja..

Tengah cari idea tak dapat
3.5.2010
2.39am
credit to luqman hakim

P/S: cerita ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati :P
harap terhibur laa walaupun secara jujur aku pon tak paham apa yang aku mengarut ni.haha XD sidas sungguh otak aku hari ni.
THE END

14 comments:

hologramisfera said...

hahha. kereta nama best2
mercidas.
feragi enjin kudap2
toyolta


haha. merepek2. tp best!

lakov said...

pipi muncet : Thanx sudi baca..hehe tak ada idea sangt tp nk tulis entry punya pasal belasah jer heheh XD

Puput. said...

cisss....aku pyala baca penuh perasaan...skali tergantung daaa...ko ni...dush3...

lakov said...

aku ketandusan idea puput..tu tergantung skt tu..
nti ada idea ada kot drama swasta siri 2 hehe

sugar2 kapas strawberry said...

mak aii kete kuasa keldai..
bila la mo jln??
ahaha..
tp terselit pengajaran di situ

lakov said...

bila keldia tengah kenyang baru dia jalan hahaha

apa pengajaran dia cik sugar2?

sy pengarah citer ni pon tak jumpa pengajaran nya..(otak betul2 tgh blink2 mana menulis kisah ini hahaha)

Anonymous said...

ehehehe kelako la lakov ni
tersedak aku bace

lakov said...

kak sweet : hahaha...harap kak sweet terhibur :D

wanur idha said...

lakov..lakov..lakov..nnt wat lgik ek cite lawak gini..suke la bace..hehehe ^_^

Puput. said...

hahaha...kreatif2...ko wat no 2 pya plak ek...^_^

lakov said...

warnur : haha..semoga wanur terhibur..nanti bila idea datang ada saya tulis lagi :D

puput : hehehe..ada idea nti ada lagi drama swasta dari lakov hehe semoga terhibur ^_^

malyna said...

hahhahaa, bace2 tibe2 habis plak. haha

lakov said...

amal : buat mcm mana director abis idea..hehe

sugar2 kapas strawberry said...

ahahaha..pengajaranny..bapak yg x manjakn ank sgt..hihi