Thursday, December 27, 2012

DUNIA INI INDAH, TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?


 



DUNIA INI INDAH,


TAPI KENAPA KITA JADI BODOH??


Assalamualiakum..
wow lama juga aku tidak update blog aku ni..dah kusam gila! khakahka
apa nak dikata..aku bukan seorang yg bijak untuk berkarya terutama apabila aku sedang berusaha mencari idea untuk kita sama-sama berfikir mengenai intipati yg sedang aku sampai. Ya blog kebanyakkan penulisan aku bukan berkisarkan fakta yg tetap dan tepat tetapi sesuatu yg abstrak yang bagi sesetengah orang tidak bersependapat dengan aku. Dan itu lah tujuan aku iaitu mengajak kita berfikir. seperti kata seorang mitos Dektetive terpopular 

SHERLOCK HOLMES 



berkata : Food For Brain is Think

Baiklah itu serba sedikit mengenai blog aku. Kembali kepada tajuk blog ini " DUNIA INI INDAH TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?" . Ayat ini aku terima dari seorang rakan(senior semasa aku mengaji di Rembau) Hasbul namanya memberi aku statement ni. Lama juga aku memikirkan maksud tersirat ayat tersebut dan ini hasil kesimpulan dari apa yang aku nampak.
 

Berpandukan gambar rajah ini. Indah-Indah belaka. Ini gambar contoh sahaja untuk mengambarkan Indah hehehe. Betul tak dunia ini indah Allah s.w.t telah mencipta dunia ini dengan indah sekali sehingga boleh dikatakan sebagai syurga sementara. kerana apa yang ada di dunia ini adalah sementara. Cuba kita fikir sejenak indah sebernanya dunia ini. Allah s.w.t berikan kita udara untuk bernafas, air untuk kita minum, tanah untuk kita berdiri,duduk,guling pokok dan tumbuhan dan haiwan yg boleh dimakan (yang Halal Sahaja nyer). Indah buakn...kita diciptakan berpasang pasangan lelaki dan perempuan. Boleh berkawin di antara lelaki dan perempuan bercinta satu sama lain macam kita tengok rancangan television ) "Raikan Cinta" indah bukan? Awat tak cukup indah lagi...aku pun dah kekurangan idea untuk menceritakan indah itu bagaimana harap anda semua dapat lah gambar apa maksud indah yang cuba aku sampaikan..tapi kalo ada diantara kita denied atau tidak setuju tapi ingatlah aku jangan sampai kita tidak bersyukur..nanti kufur nikmat kita. Nauzibilah..Beristifar kita bersama-sama. Maksud aku indah dari semua aspek, kehidupan walaupun sering ditimpa musibah tapi sbenarya masih ada keindahan yang kita tidak perasaan, pemandagan ya memang banyak tempat yang Allah jadikan yang begitu hebat! apa lagi indah sebab kita mampu buat pelbagai-bagai dengan pancarindera yang Allah berikan kepada kita. Benar bukan?

TAPI


Kenapa masih ada diantara kita jadi bodoh?? why?why?why? Bodoh sebab melangar peraturan Allah?why?sebagai contoh yang jelas bukan untuk menghina kaum hawa aku rasa contoh yang paling senang untuk aku gambarkan. Perempuan Islam yang tidak menutup aurat malah bangga dgn aurat mereka why? why you're being stupid? Yes, aku mengaku anda lawa dan sememangnya Allah mencipta wanita-wanita ini lawa-lawa belaka tapi kenapa ada diantara anda bodoh tidak menutup aurat. Masalahnya kita tahu WAJIB menutup aurat tapi kenapa bodoh tidak mahu ikut..Lelaki Islam kenapa hendak minum arak? Bodoh sangat ker sampai tidak tahu arak itu HARAM! tapi kenapa masih lagi minum? BODOH bukan? dan ini untuk semua SOLAT! solat itu wajib 5 kali sehari tapi kenapa diantara kita masih lalai? itu perintah Allah kenapa kita abaikan? BODOH kan kita sebenarnya. Ya aku pernah mendengar dari telinga aku sendiri bercakap mengenai ikhlas..kita ini HAMBA ALLAH ingat tu HAMBA ALLAH..sebagai hamba paksa itu perlu ada dalam diri kita. Mcm kita berkerja dibawah orang. Owh..ada meeting malas nak pergi tapi kena pergi sebab itu tanggungjawap. Bukankah itu terpaksa? nak contoh lagi? siapa yang ada pembantu rumah a.k.a bibik..cuba anda letakkan diri ditempat mereka..tetiba ayah kita arahkan dia potong sayur dia buat tengah potong sayur mak suruh basuh kain kemudia kita suruh dia amik barang kita sbb kita ni pemalas pernah tak terfikir yang mereka terpaksa buat itu semua untuk kita? Oh..sebab diorg dibayar..kita juga dibayar..tapi bkn dibayar dengan wang ringgit tapi dengan pahala. itu pun bodoh tak boleh fikir(emotional sikit hahaha). Bibik tu buat semua itu sebab itu tanggungjawap dia sebagai pembantu rumah walaupun terpaksa buat itu ini. Get the point?

Aku harap korang dapat apa yang aku cuba sampaikan..statement ini boleh digunakan dalam apa jua aspek untuk motivate diri kita sebanarnya itu aku ketengah statement ni agar kita dapat berfikir..ya statement memberi motivasi untuk aku time aku dalam kesusahan atau tekanan stress itu ini tapi isu yang aku bawa kan Islam sebab aku teringin jadi seorang pendakwah cam ustaz-ustaz..tapi ilmu tak ada Insyllah sat hari nanti akan aku cuba usahakan.Amin.

Kesimpulan statement ini sebenarnya "HIDUP INI INDAH TAPI KENAPA KITA JADI BODOH?"
betul hidup kita ini indah Allah telah berikan keindahan yang tidak ternilai didunia ini..baru didunia diakhirat disyurga nanti hurrmm tidak tercapai keindahan nikmat jika kita berjaya kesyurga Allah di akhirat kelas Insyallah mudah-mudahan. Tapi jangan kita jadi bodoh dengan melangar perintahnya. Melangar perintah Allah s.w.t umpama memperbodohkan diri sendiri.

Aku rasa ini antara entri terkasar aku hahaha harap maaf dan minta ampun jika ada yang terasa atau terguris hati bila baca entri ini. tapi aku buat niat untuk peringat diri aku sendiri dan berkongsi bersama-sama kepada yang sudi baca entri yang panjang lebar ini..aku juga masih dalam process mebaiki diri..untuk menjadi hamba Allah s.w.t. Aku teringat ada seorang sahbat cakap kapada aku mengenai nikmat. Dia cakap nikmat paling hebat di muka bumi adalah "NIKMAT MENAJDI HAMBA ALLAH s.w.t". Aku berdoa agar aku,keluargaku,rakan2ku dan seluruh umat Islam menerima nikmat tersebut satu hari nanti amin.

p/s : sesiapa yang baca atau ingin berkongsi pendapat atau pandagan teguran amat2 di alu-alukan teguran. Mari sama-sama kita berfikir  dan berubah menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan.

Sunday, February 12, 2012

Cermin Muka Dulu AAAA!!!


Hye mirror mirror at the wall, Am i the good person?hohoho


Assalamualikum...dan salam sejahtera..

berita hari ini...

seorang remaja bertumbuk kerana ditegur akan kelakuannya lalu dia menjerit kepada magsa "KAU PERGI AAA CERMIN MUKA DULU, ENTAH DIRI SENDIRI PON TAK BETUL ADA HATI NAK TEGUR ORANG" itu lah luahan seorang remaja selepas ditegur atas pemakaian yang agak menjolok mata hingga menaikkan nafsu syawat orang sekeliling baik lelaki dan wanita.

Magsa,yang tidak mahu dikenali hanya mampu mengosok pipinya akibat termakan penampor dari remaja yang dia cuba tegur tadi. Dia tidak berniat untuk memalukan remaja tersebut dikhyalak ramai tetapi dia cuba tegur secara lembut dan baik. Malangnya remaja tersebut tidak dapat menerima teguran yang baik sebegitu.

Kes telah difailkan oleh Airjambu sendiri untuk dibicarakan di mahkamah nanti.

------------------------------------------------------------------------------------

aku rasa situasi dia atas ramai dikalangan kita pernah lalui...

dan ayat yang sama akan kita ucapkan "Cermin aa muka kau tu dulu sebelum tegur orang"

tetapi sekarang ayat tu semakin kerap di gunakan untuk menutup kesalahan kita.

Persoalannya...mengapa kita hendak tutup kesalahan? adakah kita bermaksud benda yang salah tu adalah betul? dalam otak aku terbayang macam ni :-

1+1 = 11 --- jawapan kita tetapi bila ada orang tegur dengan mengatakan

1+1 = 2 --- kita marah orang itu..dan mempertahankan jawapan kita itu adalah betul..sedangkan ia salah...

aku harap anda semua paham laa point yang aku cuba sampaikan..itu cuma imaginasi aku mengenai tu..

Aku berfikir sejenak..di tepi pantai sambil memikirkan hal aku aku terlintas akan isu ini...aku memandang bulan dan bintang untuk mencari ketenangan..walaupun hati aku ketika itu agak gundah gunalan..well jangan lari tajuk wahahaha..

aku memehartikan cermin...agak lama aku termenung...dan aku cuba fikir baik buruk aku semua..tapi hurrmmm tidak malangnya..aku akan menangkan diri sendiri.

aku membuat kesimpulan sendiri...

bagi aku cermin didalam pepatah itu bukan cermin yang kita dok hadap hari-hari..tetapi orang yang ada sekeliling kita..mereka lah cermin kita....kita kurang untuk melihat kekurangan kita..tapi orang lain nampak kekurangan kita..bila mereka tegur kita marah mereka semula.WHAT THE POINT?? they try to teach us..kita juga cermin kepada mereka..bila mereka silap tegur mereka...kerana ego setinggi langit sekeras concerete kita sukar untuk menerima teguran orang...

untuk menegur orang...juga susah sebenarnya..jika tersalah kata..orang tidak mampu menerima teguran kita..tegurlah secara baik tanpa mengaibkan orang...itu mungkin cara terbaik..terima atau tidak terpulanglah..kita semua ada otak boleh fikir baik buruk...seharusnya bila ditegur cermin muka dulu kalau kita buat ada sebab yang kukuh tak mengapa kalau tidak terimalah teguran itu sebagai pengajaran buat kita untuk kita menjadi orang yang lebih baik di hari akan datang..

tapi tahukah anda..cermin yang terbaik untuk kita semua adalah muhasabah diri...itu lah cermin terbaik untuk kita semua...

Selebihnya terpulanglah pada diri..aku juga insan yang perlukan teguran orang untuk membaiki diri sendiri..aku juga sama kadangkala boleh terima kadang kala tidak..tetapi aku cuba belajar untuk menerima teguran orang..untuk kebaikkan diri aku...

Dah lewat ada perkara yang perlu aku selesaikan..CERMINLAH MUKA KITA SAMA-SAMA hahahaha.....ada jerawat kita picit..ada taik hidung kita buang okey hahahaha...

Satu lagi pesanan : pepatah dari mana entah aku terbaca ada mengatakan :

SAHABAT SEJATI ADALAH SAHABAT YANG MENERIMA BAIK BURUK KITA..

Sekian sahaja dari aku..

Loki

3.50petang Ahad.

Tuesday, November 22, 2011

REASON

TIK TOK TIK TOK dah nak masuk 2012..wahahaha
tapi aku tak rasa macam nak celebrate jer new year ni..
well it nothing at all just screaming countdown bla..bla..bla..that all..

i prefer to sit and relax and enjoy some little thing...
i wish i can going out and relaxing beside the beach..
but..hurrmm nevermind wahahahaha..

that introduction for NEW YEAR 2012 right coming up after this..

Today i just wan to talk about "REASONS".
"SEBAB PENYEBAB" dan sewaktu dengannya..

if we realize everything we do,
everything other people do,
they for reason.

even the reasons sound stupid,
but that the reasons why we/they did it.

masa macam aku sekarang..
kenapa aku tulis blog?
sebab aku suka menaip..hahaha

kenapa korang semua tulis blog?
you all must have your own reason rite..hahaha..

cuma..
perlu di ingatkan..
jadi apabila kita tengok orang itu melakukan kesilapan..
jangan terus melulu menghukum seseorang sebaliknya tanya apa sebab berbuat demikian..
mesti ada sebabnya..

begitu juga dengan orang yang kita nampak baik..
mungkin dia melakukan kebaikan ada sebabnya..
tapi lebih baik kita berprasangka baik dari prasangka buruk...
itu lebih baik..hahahahaha

people will do anything with reason even the reason only "just for fun"
but that the reasons.

aku pon tak tau korang yang baca paham ker tak apa yang aku nak sampaikan..
kalo tak paham..buat-buat paham jela hahahaaha XD
choit...

SELAMAT TAHUN BARU 2012.
Lakov.

Sunday, September 25, 2011

Aku

Aku terdiam seribu bahasa..
aku tahu semua orang benci bila akan tahu..
tapi aku tidak mampu sembnyikan ia selama-lamanya..
walaupun perkara itu sudah lama berlalu..

Walaupun aku sudah menginsafi akan perbuatanku..
walaupun aku sudah bertaubat dan berhenti membuat..
tetapi orang tetap akan benci bila mengetahui..

Ya Allah..Engkau pon tahu aku sudah tidak mengulangi benda itu
Engkau tahu aku sudah bertaubat..berazam untuk memulakan hidup yang baru..
hidup dengan kejayaan,beriman dan bertaqwa kepada

Ya Allah...aku berikan lah aku kekuatan..untuk aku tempuhi dugaan ini..
Ya Allah berikan lah aku pentujuk dan hidayah aku aku tidak terpesong lagi..
Ya Allah..aku percaya Engkau disisi..

Bialah orang mengata aku lemah..
bialah orang kata lelaki yang menagis ni lemah..
bialah..bialah..bialah...

kerana aku menagis kerana menahan sakit..
aku mengalah kerana aku mengaku aku salah..

Mungkin tiada manusia yang tahu dan memahami aku..
tapi Engkau tahu..malah Engkau tahu segala-galanya..

aku kehabisan kudrat...
aku terasa sangat lemah...
namun aku tetap ingin berusaha..
walaupun hanya dengan berdoa..

Aku yakin Allah s.w.t akan tolong aku juga hamba-hambanya yang lain
Amin

(mengapa aku perlu menagis?menyesali benda yang lepas..aku dah buka buku baru..buat apa aku kotorkan dengan kisah-kisah silam aku walaupun ada orang cuba mengkhinati aku..biakan..aku rasa ini entry pertama aku yg aku luahkan hati aku..aku tidak pernh buat..tapi aku tidak mempu untuk bertahan..jadi bialah aku menagis..bialah aku menangung semua beban ini seorang diri)


Assalamulikum..
:-(
airmata mengalir
6.20pm

Saturday, September 3, 2011

Aku bergaduh dengan Dia :(

Aku : awak kalau saya saya ada buat salah bagi tau laa saya...kalau betul awak nak tinggalkan saya..bagitau sebab dia..yang jujur..saya accept laa..even jawapan awak hanya awak dah bosan dengan saya..

Dia : tak payah laa...kau pikir sendiri laaa..ada benda yang kau rahsiakan dari aku..pikir laa sendiri..kau lebih kenalkan diri kau..pikir aaa

Aku : tapi bila saya cakap semua itu bukan jadi apa..saya dah mati akal..tapi kenapa awak tak nak bagi tau..kenapa perlu saya pikir..bila saya bagi jawapan salah..bila saya nak tahu awak senyap dan suruh saya cari kesalahan diri sendiri..pernah tak nampak salah awak?rasanya tidak tapi selebihnya hanya awak nampak salah orang lain sahaja..

Dia : Sudah laaa..kau ni betul-betul menyakitkkan hati aku...kau tau tak berapa lama aku sabar dan berapa banyak aku sakit hati dengan kau...

Aku : pernah kau pikir apa yang aku rasa...sakit hati aku macam mana..awak saya bukan budak bodoh...walaupun nampak macam bodoh tapi saya tahu apa yang saya buat..saya tak kisah awak benci saya lepas terima hadiah ini tapi kalau awak pikir negetive memang awak cakap saya perli awak tapi kalau awak pikir positive awak tahu kenapa saya bagi hadiah ini pada awak..

SENASKAH AL-QURAN DIHULURKAN

Dia : kau perli aku ker?

Aku : Baru jer cakap tadi...saya tak ada niat untuk mempersendakan awak..tapi kalau awak tak boleh take this sittuation you need thing triple who you are?

Dia : Sudah laa..aku tau laa aku budak baru nak up..itu laa ini laa..tapi arrggg..betul-betul sakit hati..

Aku : awak sedar tak..sebelum ini siapa yang support awak..masa aku sorang-sorang..SAYA..tapi sejak awak ada orang yang supporting awak..awak lupa akan kewujudan saya..dan sebenarnya awak tak sedar orang dok support awak tu semuanya ada agenda-agenda sendiri..

Dia : Sama laa juga dengan awak..awak pon mesti ada agenda jugak kan..BETUL TAK?!!

Aku : ha'a dan awak tahu..sebab saya cakap benda ini sejak dari kita berkawan dulu..."Saya nak cari seorang bini bukan seorang awek"...dan benda yang sama jugak saya cakap kat awak masa kita dalam perhubungan saya nak buat awak jadi isteri saya...

Dia : Kau jangan terlalu berharap boleh tak...

Aku : harapan bukan itu jadi pilihan pertama saya..tapi saya berusaha..saya percaya pada Allah S.W.T kalau ada jodoh tak kemana tapi kalau saya tak mintak kat dia tak berusaha..ianya takkan jatuh bergolek depan mata..andai sebaliknya saya juga terima seadaanya..tapi itu long term laaa..macam awak cakap awak nak study dulu...so study laa..walaupun study sambil ketawa-ketawa..bila saya tegur marah..melenting..pikir-pikirkan laa..

Dia : sudah laaa aku totaly benci kau...aku nak naik atas..

Aku : owhh..cuba awak pikir apa point awak nak benci saya mengila macam ini? adakah saya buat jahat..atau..itu ini..awak pernah pikir apa perasaan saya bila kawan baik awak yang awak dok ikut bontot dia...kenakkan saya..awak cuma mampu cakap dia ok tapi saya ok ker?awak tak tanya..

Dia : sudah laaa..!!

Aku : dan awak..satu lagi saya nk cakap lelaki yang hulur bunga ramai..terlalu ramai..tapi lelaki yang hulur Al-Quran jarang-jarang pikir-pikirkan laa..andai kata ada lelaki lain menambat hati awak..tanya laa dia kenapa dia cintakkan awak jawapan normal " awak baik hati,cantik itu ini"
tapi kalau saya kenapa saya cintakan awak " saya cintakan awak kerana Allah s.w.t"..cuba laa cari..kalau dapat tunjuk kt saya..

Si dia beredar tanpa sepatah akhir dan ucapan selamat tinggal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa pendapat korang bila baca situasi ini...dan kalau boleh anda memahami kedua-dua watak itu si "Aku" dan si "Dia"...bagi lelaki apa korang buat bila dapat teman wanita macam itu..dan perempaun apa korang buat bila dapat teman lelaki macam itu. apa pon cerita ini tiada kaitan antara hidup dan mati..awal-awal aku cakap naa...

Pada pendapat aku..si "aku" tu silap..mungkin cara dia silap..mungkin ada cara lebih baik dari cara apa yang dia buat..

dan si "Dia" bagi aku untuk kau dapat teman lelaki macam itu..patutnya kau bersyukur..dari dia naik kaki tangan buat benda pelik..lagi tak haru...hahaha

takat ini sahaja..Assalamulikum..

Sunday, August 28, 2011

mampukah umur mengukur pengetahuan anda?


Assalamulikum..dari hamba..agak lama tidak update blog..
tapi hari ini teringin nk update sempena nk sambut raya..
aku agak terharu kerana begitu cepat waktu berlalu sedar tak sedar Ramdahan pon dah tiba di penghujungnya..agak sedih bagi pihak aku kerana tasa aku tidak sempurnakan Ramdahan ini sebaik mungkin namun aku tetap bersyukur kerana dapat mengharungi Ramdahan ini walaupon pelbagai halagan yang datang dan aku berdoa agar Allah s.w.t menerima semua amalan aku di bulan mulia ini..dan berdoa agar ianya berkekalan dibulan-bulan seterusnya.

Berbalik kepada tajuk utama post ini " Mampukah umur mengukur pengetahuan kita?"
kita sering dengar orang yang lebih tua tak kira laa tua setahun dua atau bertahun-tahun..even kita sendiri pon..kalau cakap kepada orang muda..mesti cakap " aku tau laa sbb aku makan garam dulu dari kau". Maksud ayat disitu seperti dia tahu kerana dia dilahirkan lebih awal dari pada mereka. Perkara ini berlaku biasanya bila kita berdebat atau berbahas dengan rakan yang umurnya tidak laahh begitu jauh.

Bagi aku statement ni silap 100% kerana pengetahuan atau ilmu bukan boleh diukur dengan umur.Kalau macam tu baik aku amik SPM bila dah tua nanti sebab conform 4 FLAT sebab aku hidup dah lama. betul tak hahahaha..

Bagi aku untuk tahu tinggi atau tak ilmu sesorang itu bila bercakap dan mempunyai hujah yang kukuh mengapa dia cakap begitu..itu baru betul makan garam..hahaha..antara sebab dia bila kita rasa lebih tua dari orang tersebut kita mempunyai ego yang agak tinggi..takut malu tak dapat jawap soalan mereka..tapi apa salahnyer mengaku jela kalau kita tahu benda tu..sebab bukan semua benda kita tahu dan bukan semua benda kita belajar..ada ker orang mampu belajar semua ilmu di muka bumi ini???? walaupun ilmu di muka bumi ini hanya setitik air dari lautan luas Allah s.w.t berikan kepada kita..itu pon tidak mampu kita nak khatam semua..betul tak?

Sama-sama lah kita pikirkan..aku suka pepatah ini..yang berbunyi "EXPERINCE IS THE BEST TEACHER"..dan aku setuju dengan pepatah itu..lebih banyak benda kita lalui lebih paham kita tentang dengan sesuatu itu..macam kita jawap soalan MATH la..lagi susah soalan itu..kalau kita dapat jawap lebih mudah kita nak jawap soalan lain kerana kita dah ada pengalaman menjawap soalan itu..kerana MATH sesuatu yang logi..pusing kat mana pon dia akan berbalik pada yang itu jugak. Tidak kira laa kita ikut jalan jauh ker jalan shortcut kaa tapi jawapannya tetap sama..betul tak..itu contoh laa so mari kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama dengan tajuk posting aku kali ini..

Sebagai kata penutup...yang dah nak masuk syawal ni..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN sekiranya ada posting-posting aku sebelum ini menyebabkan ada diantara anda semua terasa ker apa..harap diampunkan..Niat aku ingin berkogsi dan sama-sama kita pikirkan kerana setiap orang ada cara pemikiran masing-masing...Assalamulikum






Tuesday, July 26, 2011

Kenapa kita berada dimuka bumi ini?

Sepanajng aku sepi ini pelbagai kejadian berlaku,
akhirnya aku sedar dimana silapnya aku.

Kita sebagai manusia sering lupa akan kewujudtan kita..
bukan lahir dari rahim seorang ibu tapi kejadian kita yang sebenarnya..
kita lupa akan Maha Esa yang mencipta kita..

Kita sering merungut bila kita ditinpa musibah..
tapi pernah kah kita pikir kenapa kita ditimpa musibah..
dimana musibah itu datang..
jawapannya senang semuanya datang dari Allah..

senang susah sakit sihat..
semuanya datang dari nya..
jangan kita sesekali terpikir kita disekolahkan
keranan dunia ini memang sekolah kita..
hari-hari kita belajar sesuatu yang baru..

bangun lah wahai manusia...
apa yang kita dapat dan alami..adalah yang terbaik dari Allah..
untuk apa?
untuk mengingatiNya..
kerana kita sering lupa akan Nya..

kepada sesiapa yang sedang berkasih,
bagi lelaki jangan lupa untuk mengajar teman anda mengenali Allah,
bagi perempuan kalau mahu cari seorang lelaki
cari lah yang mengambil berat akan agamamu..
Insyallah anda akan mencapai kebahagian didunia dan di akhirat kelak..

andai kita gagal dalam kehidupan dunia..
semua itu tidak mengapa..macam biasa kita dengar semua ni dunia sementara jaa..
betul dunianya hanya sementara..
tetapi jangan lah kita gagal di akhirat kelak..
kerana selama-selamanya kita akan gagal..
nak menyesal pon tak guna..

mari sama kita pikirkan satu soalan
yang paling senang lah...bagi aku..

soalannya :
Kenapa kita hidup dan berada di muka bumi ini?

renung-renungkan dan pikir-pikirkan lah jawapannya..

Amin..yang baik semuaNya datang dari nya..dan yang buruk datangnya dari diri saya yang lemah dan perlu dipimpin..

Assalamulikum..

Friday, February 25, 2011

This world fair or not?

Hidup IBARAT roda,
kadangkala kita di atas kadang kala kita dibawah.

kalo boleh semua orang nak duduk di atas..
kalau semua orang duduk di atas siapa yang nak duduk di bawah?

kalau semua orang nak jadi boss,
siapa yang jadi kuli?

adakah dunia ini tidak adil?
apa pendapat anda?

bagi aku
dunia ini adil.

sebab tidak kira kita ni berkedudakan di atas atau di bawah
kita saling memerlukan..

cuba kita bayangkan
ada kiri tak ada kanan..
fair or not?

ada bawah tapi tak ada atas?
cam mana laa agak nyer?

apa pendapat anda?

Friday, December 17, 2010

Profesional? Respect? Matang?

Assaalamulikum..
hoho..lama gila tak update blog..
hehehehe..

agak sibuk di saban hari ini...
pelbagai karenah dah wacandah yang berlaku di sekeliling aku..
sejak kemasukkan aku ke kolej baru..

apa2 pon aku selamat selesaikan semesta 1 aku..
tahniah mokmon hahaha
cuma tunggu result...

bukan itu aku nk kogsikan aku nk kongsi kan
apakah itu matang?
apakah itu profesional?
apakah itu respect?

pengarah kolej berkata?
"siapa lah yang nk hargai kita kalo bukan sesama kita..?"
"itu sbb saya menjemput anda semua hadir ker majlis ini"
cukup kot...penghargaan perlukah diminta macam peminta sedekah?
aku tak tau laa presepsi dia dan aku terlalu jauh..
bg aku penghargaan tak perlu diminta tapi datang sendiri bila kita
mencapai apa yg kita ingini..
errr..lebih kurang laa..hahhahaha

entah apa yang aku lihat di kolej tu..
hanya sebuah organisasi yang kucar kacir
profesional?matang?respect?
aku rasa nk jer jawap
"sebelum nk ajar kami profesional,matang dan respect
check balik..anda semua ada ker perkara tu nk kami ikut?"
"kalo tak ada better senyap dari bnyk cakap"
tapi semua tu luahan hati jer...

hurmmmm..malas nk citer
aku bukan pandai bercerita pon hehe
cuma share skt pendapat adan tentang profesional,matang,repect dan penghargaan?

babai dan Assalamulikum..

Monday, October 18, 2010

Media Digital Semesta 2010




Assalamulikum..
Sedar tak sedar aku sudah hampir dipenghujung sem.
Begitu cepat masa berlalu.
=_="

Kolej Kemahiran Tinggi Rembau a.k.a MADS.
Pelbagai kejadian-kejadian ganjil berlaku disini.
Pelbagai alkisah-alkisah aneh.

Apa-apa pon semua classmate aku C0ol.
hohohoho
aku tak tau nk mengarut apa..so aku just letak jela gambar
sebagai santapan mata anda-anda nyer..hikhikhik ;P
Credit to Khi-Wan

Credit to Khi-Wan

Credit to along


Credit to Hana

Ini lah dia gelagat classmate aku
memang ART habis lah diorg...
tapi ada lagi gambar ni tak cukup forum lagi..
tapi masa tak mengizin kan nti aku update pic
kepada rakan-rakan sekalas aku kalo ada gambar-gambar smart yg dah edit bg aku
nak sumbat dalam ni hiikhikhikhikhik :D :D :D

Baiklah hingga sini dulu..
papai..

CREDIT To : Along , Hana , Khi-wan , Wani , Ila , Mila , Dayah , Aini , Akmal , Jawa , Shah , aQip , Man , Syamim , aH-cHan , Basir , Kehcik , Fahmi , Syafiq and ME!














Tuesday, August 31, 2010

Tangal 31 Bulan 8 2010 Merdeka Merdeka hehe

didalam bulan yang indah ni di bulan penuh kemulian iaitu bulan Ramadhan..bulan untuk umat manusia...di bawah cahaya bulan tapi samar dek dilindungi awan..malam yang sungguh dinggin sebab aku bersular pendek paras betis..hahahaha...aku cuba mengintai bintang tapi tidak kelihatan..cuaca agak mendung pada malam ini..selepas aku menghentam nasi dagang keluar pantai timur sepuas nyer terlunas sudah hajat aku untuk makna nasi dagang pada minggu ni..

tak cukup dengan itu aku sebab lagi bedal berge + air bandung keluaran makcik dan pakcik berger depan surau kolej aku...malam ni otak aku ting tong sangat sesuai untuk melnulis blog sekian lama aku sembunyikan diri dalam kolej ni..bukan apa..kemudahan internet terhad + laptop rosak + kerje banyak..

dan tak mau mengarut panjang..sekian lama aku terfikir satu topik yang menarik iaitu..merdeka..sempena sambut merdeka ni aku kita sama-sama pikirkan tentang merdeka..
lama juga aku termenung mencari erti kemerdekaan..adakah kita merdeka sebab orang lain merdeka?atau memang kita sambut merdeka sebab kita memang tengah merdeka..besar sebenar topik ni..tapi aku nak bagi satu kesimpulan tentang kemerdekaan..kita semua merdeka bila kita masuk syurga suatu hari nanti Insyallah.cm mana nk masuk..hehehhe itu punya solan budak darjah satu pon leh jawap..buat baik.hehehe..apa pon aku sentiasa berdoa agar umat Islam di muka bumi sekarang..layak masuk ke syurgaNya..Amin..

AKu pon tak tau nk berceloteh apa..cukup laa kot aku mengarut sampai sini...
dan mari kita sama-sama pikirkan erti kemerdekaan buat kita..sebab setiap individu ada erti kemerdekaan yang tersendiri..(dah lama tak tulis blog dalam bentuk dialog nti ada masa nk buat laa) hehehe k laa Asslamulikum....

Saturday, August 14, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

dekat sebulan aku tak balik umah
bukan anak derhaka..
tapi belajar jadi anak seni..
hahhahaha

belajar melukis..
huhuuh
hari2 kerje lukis..
nk wut cm mana dah tu assigment dia..nk tak nk kena laa lukis..

phtu kena reject..
lukis ikan masin jadi ikan langar lori..
adeh..
cm mana lecture aku tak mengamuk..
tapi nk wut cm mana tangan aku ni keras lagi..tak pandai nk draw betul..

apa pon SELAMAT BERPUASA..
aku pada tahun ni bertekad mahu posa penuh sbb dah lama aku tak posa penuh..
last aku posa penuh masa aku tingkatan 1..
lain punya tingkatan banyak lost..
hahahaha

k bye2

Sunday, July 25, 2010

Lakov Hilang

Assalmulikum...
dah lama rasanya aku tak update blog..
jangan kata update o9 pon facebook pon kekadang..
agak sibuk + tak ada interent kt bilik..
tak per laa...

lagipun memang sibuk pon sejak dah mula belajar ni...
assigment bertengek lagi ni tak siap...
dan optical illusion...
tangan aku dah laa keras cm mana laa aku nk lukis ni huhu
wahhhh

dah laa malas nk mengarut lama2 ada benda mau bikin..
bye2

Monday, June 28, 2010

SAYA KUNCI LIRIK INI!!!

Pengacara : Selamat datang dan menonton di rancagan Ingat-Mengingat lirik..Saya Lakov selaku pengacara program ini akan memeriahkan suasana studio ini dengan gelagat peserta kita pada hari ini.Tanpa membuang masa lagi.Saya menjemput peserta pertama silakan Ultraman Taro!

Taro : Tembak zhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Hahahahah..Saya akan gegar kan studio ini dengan menang 1 juta!! TEMBAK ZHHHHH!!!!(Menjerit sekuat hati)

Pengacara : HAHa..wah sungguh bersemangat nyer Encik Taro.Berasal dari mana?(kenapa laa peserta asyik jerit jaa aku tak pekak laa)

Taro : Saya berasal dari planet ultra..datang untuk menang 1 juta ringgit dunia!!(Jerit lagi)

Pengaraca : Ya..ini lah semangat yang kita perlukan..Sudah sedia?(sabar jela)

Taro : YA SAYA SUDAH SEDIA!!(Menjerit dengan penuh semangat)

Pengacara : Kita mulakan(dengan muka tension dan bersabar)

Kemudian selepas Ultrama tari pilih lagu dan menyanyi bla..bla..blaa sehingga laa tempat kosong.kemudian

Pengacara : Anda pasti ini liriknya..

Taro : (muka dengan penuh serius)Ya saya pasti.

Pengacara : Kata kunci lirik ini Encik Taro.

Taro : (Tarik nafas dalam23x lalu)SAYA KUNCI LIRIK INI!!!!!!!!!!!!!! (sekuat hati dia menjerit sehingga pecah speaker sekeliling)

Pengacara : Oiitt..mangkuk ayun jamban toilet..tak yah laa jerit..aku tak pekak lagi bodoh!!haihs..asyik nk kunci lirik jaa jerit asyik nk kunci lirik jaa jerit..sakit telinga aku..aku tak pekak lagi K..dah laa aku berenti kerja ni sakit telinga aku dok dengar orang jerit KUNCI! KUNCI!

Taro : (dengan terkebil dia melihat pengacar itu belah dari studio..dan bersuara)errr... Encik lakov lirik saya ni betul ker tak?saya lepas tak stage ni?tak sabar nak tahu betul ekr tak?

Pangacara : kau chec k laa sendiri..kalo betul ko jerit kuat-kuat lagi k.

Taro : OK! saya akan jerit kuat lagi dari ni bagi satu dunia dengar..

Studio menjadi sepi lepas pengacara itu pergi..oleh itu siapa yang akan mengendalikan pengacara ini..Bagaimana dengan Ultraman taro..??! Lirik dia tu betul atau tidak?hehehe

Itu lahh tabiat manusia..bila masuk realiti show macam Jangan Lupa Lirik..Who to be Miliioner dan bla..bla..mesti mencerit kan..SAYA KUNCI JAWAPAN!! SAYA KUNCI LIRIK!! pekak ker sang pengacara tu hahahaha XD I have no idea.hahahaha XD bye2

THE END!





Friday, June 25, 2010

Adakah Jahat sentiasa jahat Baik sentiasa baik?

Orang Baik : Betul-betul..Saya memang orang baik..Baik sessagatlah.

Orang Jahat : Yup aku memang jahat.

Lakov : Saya nak tanya pada Orang Baik.Awak memang baik kan..

Orang Baik : Sudah tentu la..

Lakov : Awak pernah tipu orang tak?

Orang Baik : arrrr..pernah

Lakov : Mengapa?

Orang Baik : Saya menipu takut kantoi saya ada buat salah.

Lakov : Jadi awak tak lah baik sangat.hurmm..Bagaimana mana pula dengan orang jahat.Awak pernah menipu?

Orang Jahat : oii...bonggok..Aku hari-hari menipu orang.Tu sebab nama aku Orang Jahat.Bodoh punya pengacara.

Lakov : (adeh silap soalan padan muka aku kena balik malunya aku)Maaf Orang jahat.Saya tersilap soalan sebenarnya.Saya nak tanya awak pernah bercakap benar?

Orang Jahat : arrr..pernah.

Lakov : Mengapa?

Orang Jahat : Sebab dah terbukti aku salah.Aku tak leh nak tipu dah.

Lakov : Baik juga awak ni Orang jahat.Baik lah sampai disini saja perbualan saya.Bye2
-----------------------------------------------------------------------------------------
Hurmm...Orang baik pon pandai menipu juga ek..orang jahat boleh pulak dia cakap benar.Sama-sama laa kita pikirkan..Kesipulannya..Yang baik tak semestinya baik sangat.Yang Jahat tak semestinya Jahat sangat.

Note : buat baik memang senang tapi susah kita nak kekalkan.buat jahat susah nak buat..tapi bila dah berjaya kerap pulak kita lakukan.betul tak?hurmm

Wednesday, June 23, 2010

Mak Ayah

Aku tahu,
Aku selalu kecewakan mak dengan ayah,
Aku selalu buat mak aku beleter panjang,

Aku tidak bermaksud aku suka,
Tapi bila aku dalam keseronokan,
Aku sering alpha,
Aku lupa yang aku ada mak dengan ayah,

Aku tahu mak dengan ayah banyak berkorban untuk aku,
Untuk masa depan aku,
Untuk kehidupan aku,
Untuk kebahagian aku,

Tapi Aku selalu lupa akan pengorbanan mak dengan ayah,
Aku lebih suka enjoy,
Berhuha sana sini,

Bila aku sedar aku telah membuat mak dan ayah aku sedih,
Aku hanya diam membisu,
Hanya meratap sedih akan apa yang telah aku lakukan,
Aku tidak berusaha untuk meminta maaf,

Aku menjadi berat mulut untuk bercakap maaf,
Aku menjadi tidak keruan,
Hilang punca dan sewaktu dengannya,
Aku bisu seperti mulut aku dijahit 16 jarum

Tapi percaya laaa mak ayah,
Aku sentiasa menyesal bila aku buat mak ayah sedih dan marah,
Walaupun kerap melakukan perkaranya sama,
Aku harap mak ayah tidak amik hati dengan perangai aku yang 1001 ini,

Tolong didik aku menjadi manusia berguna,
Didunia dan akhirat,
Percaya lah mak ayah,
Jauh dilubuk hati aku ini,
Aku ingin meraung meminta maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukkan,
Maafkan aku,

anakmu yang nakal
11.55pm
23.6.2010
untuk ke-2 ibu bapaku

Tuesday, June 22, 2010

MASSAGE!!!!

Aku bangun pagi
tengok phone no massage

Tengah hari ketika aku menonton TV
tengok phone no massage

Petang selepas aku usha budak sekolah balik sekolah >:))
tengok phone no massage

Senja sesudah tengok katon kt tv2
tengok phone no massage

Malam ketika aku tengah main game
tengok phone no massage

Tengah malam ketika aku tengah tido
tengok phone 1 massage
aku buka
TAHNIAH ANDA BERJAYA MENYERTAI PERADUAN BLA..bla..bla..

WAHHHH aku rasa nk balik jaa phone aku ni..aku ingat ada laa awek mana hantar massage kt aku tengah2 malam tak pon member hantar massage ajak tengok bola kaa rupanya peraduan buduh ni..haish..hilang nafsu tido aku..

THE END

Monday, June 21, 2010

Santau Israel >:-)

Israel semakin ganaz sekarang...sakit hati bila tengok kt television..pasal diorang serang kapal bantuan untuk rakyat Palantine...rasa nak maki jaaa....tapi maki saja pon tak guna..bukan diorang dengar pon..kalo dengar pon aku rasa diorang gelak...bukan ada effect pon kalo diorang dengar maki aku ni..silap2 aku yang kena headshoot hohohoho...diorang tetap bunuh orang Islam jugak..

Tapi pernah kita terpikir tak..mengapa kita tak santau jaaa askar-askar Israel...pakai laa semua jenis santau yang ada..yang aku tau santau air dengan angin jaaa..p santau diorang..betul tak
guna segala ilmu hitam yang ada kt negara kita ni untuk lawan askar Israel..wut cam dalam citer longkong kaa tak pon cam dalam cerita niyak rapik kaa...cool tak?kalo diorang leh sembilah orang Islam..kita lawan guna ilmu hitam kat askar Israel..tapi aku pelik..ilmu hitam itu hanya digunakan untuk menjatuhkan sesama kita..sesama bangsa sesama Islam...Mengapa?Mengapa tak guna untuk jatuhkan musuh Islam?adakah tak lut ilmu tu kepada mereka? kalau laa tak lut ilmu tu kt askar Israel hurmm...huyooo...tinggi jugak ilmu kebal askar Isreal tu kan..hahahahaha...

Itu cuma pendapat aku sahaja....apa pendapat rakan-rakan blogger yang lain?hehehe..baik lah sikit jer aku nk tulis hari ni..maaflaaa entry aku ni ayat dia tunggang langgang sikit harap korang paham laa apa yang aku tulis..aku berenti disini dulu..Asslamulikum..

Friday, June 18, 2010

tag dari cik cepet!! THANX YOO


Thanx to miss cepet..kerana memberi anugerah ini..hehehe maaf lewat jawap..sebenarnya ada tag lagi dari rakan2 blogger yg lain tapi saya ingin menyusun 10 jari maaf kepada yg ada tag untuk saya dan tidak menjawap..kesibukkan duniawi ini meyebabkan hamba susah nk o9..maafkan patik nyer tuanku hehehehe...apa kah soalan2 yg perlu hamba jawap kena dgr sejujur mungkin hoho let roll..

pe usaha kowng tuk chantek kn blog.??
usaha hamba untuk mencantikkan blog hamba hamba..hamba tidak edit pon blog hamba guna apa yg ada jaa..sbb hamba agak malas nk mengedit wakakakakaka

website yg bantu anda meng edit
website yg membantu hamba edit ialah tak lain tak bukan www.w3schools.com banyak mengajar hambar tentang html coding hohoho


5 perkataan yg menggambarkn diri anda
tido
main game
makan
menyakat adik hamba
baca novel

itu lah jawapan hamba untuk tag ini...hoho sebenarnya cik cepet bg banyak..tapi tahap stamina badan hari ini agak lemah ini sahaja yg hamba mampu harap cik cepet tidak kisah hohoho
kepada sahabt blogger lain terutama wanur, puput,mr belalang apa kahabr anda disana..maaf jarang o9 sekarang ni..ada kerja mau bikin huhu...tak mau ckp byk nti korang bosan..so bye bye

Friday, June 4, 2010

Kekarutan Pelajar Nak Tengok Wayang

Sekumpulan pelajar sekolah fly nak pergi tengok wayang dekat Taiping Sentrol,Bandar Warisan.Mereka berjalan kaki hampir 3.5km/m untuk sampai ke Taiping Sentrol.Salah seorang dari mereka berhajat menonton cerita "Prince Of The Pasiak Masa Itu Pasir"(kedah pekat ni haha).Tetapi dibantah oleh seorang rakan dalam kelompok itu dengan alasan tidak ada Anjinglina Joli.

Salah seorang dari mereka tidak mahu menonton wayang sebab nak simpan duit nak tengok "ABATAK Blender Angin Terakhir".Jadi dia pergi merayau-rayau dekat teskoit coit mencari awekz-awekz jual game.Mereka yang lain masih memilih cerita untuk ditonton.Cerita terbaru Lagend of Syaitan Kid dibintangi Pisa.Tapi semua mengeluh dan berkata "cerita melayu tak yah tengok pon dah tahu cm mana cerita dia".huhu What can i say they all taste mat saleh.

Tetiba seorang dari mereka bersuara jom tengok cerita "Cherek Selama-Lamanya" 3-D lagi tau..Tapi malang nya cadangannya di tolak mentah2..sian mamat tu..Si pendek tu teringin nak tengok cerita lakonan Bread Pig. Tapi mana ada Bread pig berlakon lagi.Akhirnya semuanya akur menonton cerita "Legendry Of The Syaitan Kid" sebab "Prince Of The Pasiak Masa itu Pasiak" tiket dah abih.(Padan muka pilih lama sangat)

Setiba mereka dalam panggung.Duduk dan menonton gelak,teriak sehingga habis cerita orang disebelah menegur mereka "Nak tumpang balik tak?"Mereka terkejut munkey apabila orang yang tegur mereka adalah Warden Asrama mereka.hahaha

Pada pendapat anda apa yang akan terjadi kepada budak-budak yang fly itu sesudah mereka terkantoi fly tengok wayang?hehehehehe

Sampai disini sahaja kekarutan aku untuk hari ini.Enjoy.